Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri mengajak rakyat Malaysia untuk memulakan tahun 2017 dengan membuka lembaran pemikiran yang lebih segar.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata ia bagi menjadikan masyarakat lebih kental, gigih dan bersemangat waja dalam mengharungi apa jua cabaran, demi membawa Malaysia ke arah negara yang lebih cemerlang.
"Semangat itu juga akan menjadikan kita, warga yang mahu mengekalkan keharmonian dengan perasaan saling menyayangi dan menghargai keamanan serta perpaduan dalam kalangan kita, sekali gus mengekalkan imej Malaysia sebagai negara contoh dan disegani di seluruh pelosok dunia," katanya.
Menurutnya gagasan kesinambungan daripada Wawasan 2020, iaitu Transformasi Nasional 2050 (TN50), memperlihatkan keseriusan dan komitmen Kerajaan menyediakan generasi baharu yang berjaya dalam tempoh 30 tahun akan datang.
Nancy berkata TN50 bakal memeta hala tuju negara berteraskan suara rakyat dan akan digerakkan generasi muda pelbagai bangsa melalui wacana nasional yang diputuskan Kabinet.
"Saya berasa amat bangga dan teruja dengan gagasan TN50 kerana ia bakal membawa pembaharuan dari akar umbi terutama sekali generasi muda yang akan memiliki negara ini suatu hari ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 02 2017
Datuk Seri Nancy Shukri mengajak rakyat Malaysia untuk memulakan tahun 2017 dengan membuka lembaran pemikiran yang lebih segar. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
SPRM bongkar sindiket bolot 22 projek RM135 juta di sebuah kementerian
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar kegiatan sindiket yang disyaki membolot 22 projek bernilai RM135 juta di sebuah kementerian sejak 2017.
KDNK Malaysia berkembang 5.8 peratus pada 2017 - Moody's Analytics
Walaupun KDNK berkembang 6.2 peratus pada suku ketiga 2017, kadar terpantas sejak pertengahan 2014, pertumbuhan tersebut dijangka berkurangan kepada 5.8 peratus tahun ke tahun pada suku keempat 2017.
Malaysia negara ke-9 paling aktif media sosial, ke-5 paling ramai guna e-dagang - Laporan
Jumlah pengguna Internet meningkat kepada 25.08 juta pengguna, mewakili 79 peratus penduduk Malaysia. Daripada jumlah berkenaan 75 peratus menggunakan perkhidmatan media sosial.
Al-Jazeera dipaksa tutup pejabat cawangan di Yaman
Pasukan tentera yang berkhidmat untuk pihak berkuasa keselamatan berpengkalan di Taiz, bandar di wilayah selatan Yaman, telah menyerbu pejabat Al-Jazeera di bandar terbabit.
Obses dengan Star Wars, rumah jadi pusat pertunjukan lampu warna-warni
Demam Star Wars: The Last Jedi sememangnya sedang hangat di seluruh dunia.
Perhimpunan Agung UMNO permulaan usaha penerangan lebih intensif, ekstensif
Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung awal bulan depan bakal menjadi titik tolak kepada pergerakan jentera penerangan UMNO yang lebih intensif dan ekstensif sebagai persediaan menghadapi PRU14.
Anugerah Grammy: Memperaga gaun 'Make Amerika Great Again', penyanyi Joy Villa dipuji
Penyanyi dan penulis lirik, Joy Villa membuat kenyataan politik di Anugerah Grammy dengan memperaga gaun berwarna biru dengan slogan kempen Presiden Donald Trump, "Make America Great Again".
Sambutan Tahun Baharu Cina: 4 perkara yang anda perlu tahu
Tahun Baharu Cina disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di seluruh dunia kerana ia menandakan kelahiran tahun baru mengikut kalendar lunar.
Bank Dunia jangka ekonomi Malaysia tumbuh 4.3 peratus pada 2017
Bank Dunia menjangka ekonomi Malaysia tumbuh sebanyak 4.3 peratus pada 2017 dan terus berkembang sebanyak 4.5 peratus tahun depan apabila penyesuaian kepada harga tenaga rendah berjalan lancar.
Mulakan tahun baharu dengan pemikiran lebih segar - Nancy Shukri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri mengajak rakyat Malaysia untuk memulakan tahun 2017 dengan membuka lembaran pemikiran yang lebih segar.