awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Murid ambil UPSR di hospital

Bernama
Bernama
11/09/2017
04:48 MYT
Murid ambil UPSR di hospital
Nur Dania Aliaa Mohd Zaidi,12, menjawab kertas soalan Bahasa Melayu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Hospital Sultanah Nur Zahirah hari ini. - Foto BERNAMA
Seorang murid menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) hari ini di hospital akibat mengalami cirit birit dan muntah-muntah.
Luqmanul Hakim Hanafi, murid Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) malam tadi.
Bapanya Hanafi Idris, 39, berkata anaknya mulai demam seminggu lalu dan muntah teruk pada malam Khamis dan dia terus di masukkan ke sebuah hospital swasta pada pagi Jumaat.
"Semalam dia sudah boleh keluar tapi keadaannya menjadi teruk kembali dan kami menghantarnya pula ke hospital ini pukul 12 malam tadi. Dia sangat gementar mahu mengambil peperiksaan di hospital walaupun mendapat keputusan cemerlang 6A dalam peperiksaan percubaan baru-baru ini.
"Anak saya agak tertekan apabila terpaksa menduduki UPSR di hospital dan saya terpaksa memujuknya hampir dua jam malam tadi. Mungkin dia bimbang tidak dapat mengulangi kejayaannya dalam peperiksaan sebenar hari ini. Namun saya sudah beritahu, dia hanya perlu lakukan yang terbaik sahaja dan selebihnya kita bertawakal kepada Allah SWT," katanya ketika ditemui Bernama.
Sementara itu Nor Hasnizah Che Nik, 36, tidak menyangka anaknya Nur Dania Aliaa Mohd Zaidi terpaksa menduduki UPSR di HSNZ akibat kemalangan pada petang Selasa lepas.
"Dia sedang berjalan kaki di depan sekolahnya apabila sebuah kereta elanggarnya menyebabkan tulang pahanya retak.
"Bagaimanapun dia agak tenang sepanjang berada di hospital kerana sering menerima kunjungan guru-guru dan rakan sekolahnya setiap hari," katanya.
Perasaan gementar turut dirasai Farida Abu Bakar, 49, kerana anaknya Nur Ain Hidayah Ngah tidak dapat menulis akibat kecederaan pada urat pergelangan tangannya.
"Kejadian berlaku lapan hari lalu ketika anak saya membersihkan cermin tingkap. Tiba-tiba cermin itu terjatuh menyebabkan luka yang agak dalam pada urat nadi pergelangan tangannya.
"Doktor mengatakan anak saya tidak boleh membuat sebarang gerakan yang boleh memberi tekanan terhadap uratnya dan dia tidak boleh menulis. Jadi dia perlu merakam jawapannya untuk soalan UPSR dengan peralatan khas," katanya.
Farida berkata beliau sentiasa menasihatkan anaknya itu untuk bertenang dan tidak terlalu bimbang dengan keputusan yang bakal diperolehnya nanti.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin ketika dihubungi berkata terdapat sembilan calon UPSR yang terpaksa mendudukinya di beberapa hospital di negeri ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hospital
#Luqmanul Hakim Hanafi
#Nur Dania Aliaa
#Ujian Penilaian Sekolah Rendah
#UPSR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan