Jika pelajar dibenarkan untuk membawa telefon ke sekolah, mereka seharusnya membawa telefon bimbit asas tanpa internet.
Itulah antara pandangan pembaca AstroAwani.com tentang isu membawa telefon bimbit ke sekolah yang berkata ia merupakan satu keperluan terutama sekali ketika waktu kecemasan.
Wan Dorishah mencadangkan agar Kementerian Pendidikan dapat membuat telefon bimbit khusus untuk semua pelajar sekolah.
“Ia adalah telefon bimbit asas tanpa khidmat pesanan ringkas (SMS) yang hanya boleh digunakan untuk membuat panggilan. Boleh caj miniman RM10-RM15 seorang dan memberi peluang kepada syarikat tempatan untuk berniaga,” katanya.
Fazrin Fauzi turut mempunyai cadangan yang sama.
“Bawalah telefon bimbit yang tidak ada internet seperti Nokia 3210. Anak-anak ini perlu telefon bimbit untuk kecemasan dan ibu bapa boleh selidik kemana anak-anak mereka pergi,” kata Fazrin.
Zulkifli Ismail mencadangkan agar murid-murid membawa telefon bimbit 2G yang tidak mempunyai kamera dan juga internet.
Sementara itu, beberapa pembaca tidak setuju dengan cadangan membenarkan murid-murid untuk membawa telefon bimbit ke sekolah.
Kata mereka, ia akan menjejaskan pembelajaran mereka.
“Tidak wajar kerana sekolah kami pernah memberi kebenaran buat seketika. Tidak sampai seminggu, kesannya amat buruk sekali. Tidak rasa macam sekolah dah masa itu, macam kat pusat membeli belah.
“Bila guru bercakap, semua buat tidak tahu, sibuk dengan telefon bimbit masing-masing. Disiplin sekolah sekarang amat mendukacitakan,” kongsi Bint Alhadri.
Tambah Fatin Nuraisyah, “Pada pendapat saya boleh sahaja tetapi dengan syarat guru itu sendiri perlu bertegas memberi amaran supaya jangan langsung menggunakan telefon bimbit dalam kelas atau sesi pembelajaran. Jika didapati tertangkap, telefon bimbit dirampas tanpa banyak soalan.
“Ketegasan itu penting."
Suraya Othman pula berkata penggunaan telefon bimbit akan membuang masa para pelajar.
“Bawak telefon bimbit ke sekolah lepas itu rakam aksi buli, selfie beramai-ramai, lepas itu akan layari internet dan main game. Buang masa sahaja,” kongsi beliau.
Ada juga yang menyeru agar telefon awam di sekolah dapat diperbanyakkan.
“Banyakkan telefom awam di sekolah supaya para pelajar boleh menghubungi ahli keluarga kalau perlu dan telefon awam tersebut hendaklah dipasang di hadapan bilik guru,” kongsi Shaik Faridhudheen Anverdeen.
Tambah Siti Fairuz, “Baiki sahaja telefon awam yang selalu rosak itu.”
Minggu lalu, exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya negeri Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain agar Kementerian Pendidikan menimbang semula keputusannya untuk tidak membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berpendapat bahawa pelajar yang membawa telefon bimbit ke sekolah disifatkan golongan yang mencari publisiti murahan dan bukan di dalam budaya masyarakat negara ini.
"Mereka ini (pelajar) kebih kepada hanya mahu glamour dan menunjuk-nunjuk telefon mereka berbanding untuk berkomunikasi," katanya.
Beberapa Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru berkata proses pengajaran dan pelajaran boleh terganggu jika murid-murid dibenarkan untuk membawa telefon ke sekolah.
Syafique Shuib
Sat Jan 10 2015

Wajarkah murid-murid membawa telefon bimbit ke sekolah?

Polis kesan individu terlibat kes pukul dalam video tular
Punca kemalangan masih dalam siasatan dan kesemua individu terlibat sedang dikesan polis.

Kemasukan kumpulan pertama pekerja Indonesia bermula secara berperingkat
Kumpulan pertama pekerja Indonesia telah pun berada di Malaysia, manakala dokumen membabitkan 23,000 lagi pekerja sedang diproses.

Impak harga barang, miskin bandar terpaksa meminjam - Kajian
8 daripada 10 responden atau 75.8 peratus berpendapat bahawa kenaikan harga barang telah menyukarkan mereka membeli barangan keperluan seisi keluarga sekali gus perlu mengurangkan saiz hidangan.

Wabak cacar monyet di AS cecah 10,000 kes
Laporan CDC menunjukkan bahawa 1,391 kes cacar monyet yang disahkan dikesan pada Rabu.

Gerakan Muda GTA sedia beri saingan pada PRU15
Gerakan Muda GTA menyasarkan untuk bertanding di separuh daripada 120 kerusi pada PRU15.

AWANI Ringkas: Dewan Negara lulus 3 RUU | Isu LCS, tindakan susulan SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19: 4,831 kes baharu, 10 kematian
Ia menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah ke 4.724 juta kes sejak pandemik melanda negara.

KPDNHEP digesa ambil tindakan peniaga jual minyak masak melebihi harga siling
Tinjauan baru-baru ini menunjukkan segelintir peniaga masih melanggar arahan KPDNHEP.

Tiada kompromi terhadap pihak beri rawatan gigi tanpa doktor bertauliah - Khairy
Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang menawarkan perkhidmatan pergigian tanpa menggunakan khidmat doktor bertauliah, demikian ditegaskan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Bank ambil serius keselamatan data pemegang kad - Persatuan
Dua persatuan itu menjelaskan bank melakukan langkah balas keselamatan tambahan untuk melindungi pemegang kad.

WTCKL cadang guna media sosial dorong lebih banyak acara global
Selain itu, WTCKL turut membentangkan idea berhubung pameran perdagangan baharu RESONEX 2022 yang akan diadakan pada November ini.

Tular kanak-kanak lemas, polis sahkan kes lama
Dalam kes itu, ibu bapa mangsa telahpun ditangkap dan disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 atas kesalahan pengabaian kanak-kanak.

TikToker meninggal dunia selepas dipercayai terima komen negatif netizen
Menerusi kenyataan pihak berkuasa, TikToker berkenaan dikejarkan ke hospital dipercayai selepas cuba membunuh diri.

'Sumbat' vape di mulut bayi, seorang lelaki ditahan
Seorang lelaki yang bertindak meletakkan vape pada mulut bayi berusia 7 bulan dalam satu kejadian tular di media sosial sebelum ini, ditahan pihak polis.

Lelaki 'sumbat' vape pada bayi terima kecaman
Tindakan seorang lelaki meletakkan pod vape pada mulut bayi tular di media sosial dan mengundang kecaman warganet.

Meta Malaysia umum inisiatif baharu #TakNakScam bersama pihak berkuasa, agensi kerajaan
Jenayah penipuan dalam talian merekodkan kerugian sebanyak RM5.2 bilion bagi tempoh 2020 hingga Mei lepas.

11 warga asing ditahan berhubung insiden bergaduh depan kilang
Penahanan dibuat bagi membantu siasatan melibatkan insiden pergaduhan berkumpulan yang mendatangkan kecederaan pada 27 Julai lalu.

Jakim teliti guru KAFA guna pelajar sebagai kandungan TikTok
Sebarang aktiviti yang membabitkan pembelajaran dan pengajaran melibatkan guru dan murid harus memberi fokus kepada silibus sedia ada.

Suara latar Zhafran Umar tarik perhatian
Suara latar milik si cilik Zhafran Umar Zulfikri Zaki yang berusia tiga tahun dalam video bekal sihatnya mencuit hati pengguna laman sosial.

Doktor media sosial: Kongsi data, kajian tapi kadangkala tidak jelas dari mana sumbernya
Masyarakat perlu lebih peka dengan keadaan itu kerana lazimnya apabila maklumat sebegitu dikongsikan, ia mampu mempengaruhi pembeli untuk mendapatkan produk mereka.