awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Murid hentak kepala guru dengan batu ketika solat

Hakim Rahman
Hakim Rahman
20/09/2017
13:28 MYT
Murid hentak kepala guru dengan batu ketika solat
Gara-gara bimbang cubaannya mencuri disedari, seorang pelajar berusia 13 tahun bertindak menghentak kepala seorang guru dengan batu ketika mangsa sedang solat Zuhur.
Gara-gara bimbang cubaannya mencuri disedari, seorang pelajar berusia 13 tahun bertindak menghentak kepala seorang guru dengan batu ketika mangsa sedang solat Zuhur.
Dalam kejadian jam 1.50 tengah hari Isnin lalu, suspek dikatakan bertindak demikian kerana mahu mencuri wang milik guru wanita berkenaan.
Akibat tindakan itu, guru wanita berusia 23 tahun itu menerima 17 jahitan di kepala dan kini dilaporkan stabil.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata suspek yang merupakan pelajar sebuah sekolah menengah berhampiran ditahan guru dan pengawal keselamatan selepas terdengar jeritan guru terbabit.
"Siasatan mendapati suspek ponteng sekolah dan datang ke surau sekolah tempat mangsa mengajar dipercayai untuk mencuri.
"Ujian saringan air kencing suspek didapati negatif," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cuba merompak dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata.
Topic Berkaitan
#guru
#guru dihentak batu
#solat Zuhur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan