awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Didesak letak jawatan Pengerusi PN Melaka, ini jawapan Mas Ermieyati
[KOLUMNIS] Pakatan Arab Saudi, UAE di Yaman semakin retak
Aliran trafik bergerak perlahan seluruh negara, menjelang ambang tahun baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Murid jatuh lubang pembetungan: KPM akan kemuka laporan siasatan segera

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
28/09/2025
13:13 MYT
Murid jatuh lubang pembetungan: KPM akan kemuka laporan siasatan segera
Fadhlina berkata, KPM dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Negeri Sembilan mengambil tanggungjawab penuh terhadap insiden tersebut - Foto fail
NILAI: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengemukakan laporan siasatan dengan segera berhubung kejadian seorang murid tahun tiga maut akibat terjatuh dalam lubang pembetungan di sebuah sekolah di Lenggeng, Nilai, pada Sabtu.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata KPM dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Negeri Sembilan mengambil tanggungjawab penuh terhadap insiden tersebut.
Jelas beliau, siasatan terperinci berhubung insiden berkenaan sedang dijalankan bagi memastikan tragedi sama tidak berulang.
"Laporan itu akan kita kemukakan dengan segera untuk tindakan siasatan dan kita pastikan kejadian ini tidak berulang," katanya dalam sidang media selepas menziarahi keluarga mangsa di Nilai pada Ahad.
Fadhlina menambah KPM kini sedang melaksanakan audit keselamatan sekolah secara menyeluruh menerusi Jawatankuasa Reformasi Keselamatan Institusi Pendidikan.
Katanya, isu keselamatan sentiasa berada dalam jangkauan serta perhatian jawatankuasa tersebut.
"Apabila berlaku tragedi ini, ia memberikan kita satu lagi perhatian cukup penting dan penuh dalam situasi tersebut," ujar beliau.
Dalam masa sama, beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, serta menegaskan bahawa keselamatan pelajar sentiasa menjadi keutamaan KPM.
Pada Sabtu, media melaporkan Abdul Fattah Khairol Rizal, 9, meninggal dunia selepas terjatuh dalam lubang pembetung di kawasan sebuah sekolah.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, berkata Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira 11 pagi.
Topic Berkaitan
#Fadhlina Sidek
#keselamatan sekolah
#Siasatan insiden jatuh lubang
#Jatuh lubang pembetungan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan