awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Murid tadika maut dirempuh kereta selepas terjatuh motosikal

Sharom Abu Bakar
Sharom Abu Bakar
26/06/2019
21:52 MYT
Murid tadika maut dirempuh kereta selepas terjatuh motosikal
Akibat perlanggaran tersebut, ibu mangsa terjatuh di kaki lima jalan tersebut manakala mangsa terjatuh di bahagian tengah jalan sebelum dilanggar. - Foto Astro AWANI
Seorang murid tadika maut dirempuh sebuah kereta selepas terjatuh dari motosikal yang dinaiki bersama ibunya.
Nahas berlaku di Jalan Gong Pasir berhampiran bandar Dungun, pada Rabu.
Mangsa, Muhammad Aeril Akhtar Mohd Rizal, 6, disahkan meninggal dunia pada jam 8.30 malam Rabu setelah bertarung nyawa kira-kira enam jam di Unit Kecemasan Hospital Dungun, di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa membonceng motosikal bersama ibunya yang berusia 41 tahun.
Sejurus tiba di lokasi kemalangan, motosikal dinaiki dua beranak itu dikatakan telah melanggar pintu bahagian belakang sebuah kereta yang berada di hadapannya yang dibuka secara tiba-tiba.
Akibat perlanggaran tersebut, ibu mangsa terjatuh di kaki lima jalan tersebut manakala mangsa terjatuh di bahagian tengah jalan sebelum sebuah kereta jenis Perodua Axia yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa.
Bagaimanapun ibu mangsa tidak mengalami kecederaan.
Sejurus tiba di lokasi kemalangan, motosikal dinaiki dua beranak itu dikatakan telah melanggar  pintu bahagian belakang sebuah kereta yang berada di hadapannya. - Foto Astro AWANI
Sejurus tiba di lokasi kemalangan, motosikal dinaiki dua beranak itu dikatakan telah melanggar pintu bahagian belakang sebuah kereta yang berada di hadapannya. - Foto Astro AWANI
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Katanya mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat dibawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan ( APJ ) 1987.
Topic Berkaitan
#Dungun
#Hospital
#kemalangan
#kereta
#mangsa
#maut
#maut dirempuh
#mayat
#meninggal dunia
#murid tadika
#Nahas
#polis
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan