Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berpendapat polis seharusnya tidak meminggirkan laporan dari orang ramai dan memberi hasil siasatan tepat.
Beliau menjelaskan dengan cara itu keyakinan masyarakat terhadap integriti pasukan polis boleh ditingkatkan.
Katanya, sejak akhir-akhir ini keyakinan orang ramai terhadap integriti pasukan polis semakin menurun.
"Penurunan tahap keyakinan masyarakat terhadap integriti pasukan polis menurun selepas pemansuhan akta yang menjurus kepada pencegahan jenayah," kata beliau kepada Astro Awani dalam satu temubual di kediamannya di Petaling Jaya.
Musa berkata prosedur laporan harus dipertingkatkan sekaligus melindungi pemberi maklumat.
"Orang ramai takut nak ke depan untuk bagi keterangan di mahkamah disebabkan kegiatan gengsterisme semakin menjadi-jadi.
"Itu sebab dengan adanya undang-undang pencegahan, polis boleh mengumpul maklumat daripada saksi yang enggan tampil ke hadapan," katanya.
Mengulas peningkatan kes tembak, Musa berkata banyak sebab perkara tersebut berlaku antaranya ada pihak yang mempunyai senjata api menyewakan kepada pihak lain.
"Selain penyeludupan senjata api, ada pihak yang memiliki senjata ini menyewakan kepada pihak lain.
"Ini antara punca kenapa sekarang banyak kes tembak, senjata boleh disewa," katanya.
Sehubungan dengan itu beliau berharap supaya pihak berwajib mengambil tindakan dengan segera untuk mengurangkan kadar jenayah dan seterusnya meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap pasukan polis.
Irwan Muhammad Zain
Wed Jul 31 2013
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
Dakwa rombakan PDRM: PDRM disanjung tinggi, minat besar terhadap polis dorong wartawan menulis laporan
"Mungkin minat yang besar terhadap pasukan polis mendorong wartawan berkenaan menulis laporan tersebut."
Dera haiwan: Masyarakat semakin prihatin, aduan meningkat
Masyarakat kini semakin prihatin mengenai kes penderaan terhadap haiwan yang menyaksikan aduan berhubung kes itu meningkat.
Nahas helikopter TLDM akibat haluan salah
Faktor utama nahas helikopter TLDM 23 April lalu adalah akibat helikopter Fennec tidak berada pada ketinggian dan haluan ditetapkan.
Tentera Iran keluarkan laporan nahas helikopter Raisi dan delegasinya
Laporan tersebut dikeluarkan pada Khamis, memberikan lebih banyak maklumat mengenai insiden yang berlaku pada Ahad (19 Mei).
PRK KKB: Polis buka dua kertas siasatan daripada tujuh laporan diterima
Polis menahan dua individu dan membuka dua kertas siasatan daripada tujuh laporan yang diterima sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Dua wanita berstatus isteri kahwin lagi senyap-senyap
Dua wanita berstatus isteri di Indonesia kini menjadi tular, gara-gara berkahwin lain tanpa pengetahuan suami masing-masing.
Ketua Polis KL sahkan terima laporan tentang Chegu Bard
Polis berkata kes itu akan disiasat dan dikendali oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.
Polis siasat dakwaan wanita diperlekeh ketika buat laporan
Polis menyiasat isu tular di media sosial berkenaan dakwaan seorang wanita diperlekeh anggota pasukan keselamatan itu ketika membuat laporan di Ipoh, tengah malam tadi.
PRK Pulai: 135 laporan diterima, empat remaja antara yang ditangkap - Polis
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak enam kertas siasatan dibuka setakat ini.
Polis KL terima tiga lagi laporan dera di pusat jagaan kanak-kanak di Cheras
Polis menerima tiga lagi laporan daripada ibu bapa melibatkan kes dera di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras setakat semalam.