GEORGE TOWN: Universiti Sains Malaysia (USM) menzahirkan ucapan takziah dan dukacita kepada keluarga bekas Menteri Pendidikan, Allahyarham Tan Sri Musa Mohamad yang meninggal dunia akibat kanser darah malam tadi.
USM dalam kenyataan memaklumkan, jasa dan sumbangan bekas Naib Canselor USM itu dalam bidang pendidikan amat besar terutama kepada universiti berkenaan.
Menurut USM, sepanjang berkhidmat sebagai Naib Canselor dari 1982 hingga 1995, Musa telah menyumbang kepada pembangunan fizikal dan akademik termasuk meletakkan asas kukuh dalam pengajian sains perubatan dan kejuruteraan.
"Perpindahan Pusat Pengajian Sains Perubatan dari Kampus Induk USM ke Kubang Kerian Kelantan dan pembangunan pengajian Kejuruteraan termasuk Kejuruteraan Aeroangkasa juga berlaku ketika Allahyarham sebagai Naib Canselor USM.
"Ketika menjadi Menteri Pendidikan pada 1999 hingga 2004, Allahyarham bertanggungjawab dengan penubuhan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) USM di Bertam," menurut kenyataan itu.
Musa, 81, menghembuskan nafas terakhir pada 7.12 malam di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya akibat kanser darah Mieloma berbilang.
Anak jati Bagan Datuk, Perak itu merupakan individu pertama bukan ahli politik memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan dari 1999 hingga 2004.
Selain pernah berkhidmat di USM, Musa turut memegang beberapa jawatan penting antaranya Presiden Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Antarabangsa dari 2001 hingga 2003 dan merupakan bekas Pengerusi Multimedia University dan Pengerusi Majlis Universti UCSI. - BERNAMA
Bernama
Sat Jun 08 2024

Sepanjang berkhidmat sebagai Naib Canselor USM dari 1982 hingga 1995, Allahyarham Musa telah menyumbang kepada pembangunan fizikal dan akademik termasuk meletakkan asas kukuh dalam pengajian sains perubatan dan kejuruteraan.
Catat jualan RM154 bilion pada MAC 2025
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata pertumbuhan itu didorong oleh subsektor dalam perdagangan runcit dan borong.
Pembinaan pesawat rondaan maritim TUDM capai 60 peratus
Pembinaan dua buah pesawat rondaan maritim atau maritime patrol aircraft (MPA) model p-72m untuk Tentera Udara Diraja Malaysia kini telah mencapai kemajuan lebih 60 peratus.
Perubahan tarif AS-China beri kesan pengeluar sarung tangan
Sebarang perubahan dalam struktur tarif antara Amerika Syarikat dan China dijangka memberi kesan langsung kepada pengeluar sarung tangan di Malaysia.
Apple pertimbang naikkan harga iPhone baharu
Apple sedang mempertimbangkan menaikkan harga produk iPhone baharu sejajar dengan penambahan ciri-ciri baharu dan perubahan reka bentuk.
Mexico bantah penggantungan import lembu oleh A.S.
Mexico menyatakan bantahan terhadap keputusan Amerika Syarikat untuk menggantung import haiwan ternakan berikutan kebimbangan terhadap kehadiran cacing skru.
Pelan Kemajuan Halal 2030 bakal dilancarkan tahun ini
Pelan Kemajuan Halal Negeri Johor 2030 sedang diperhalusi dan akan dilancarkan tahun ini, bagi memperkasakan ekosistem halal negeri secara menyeluruh.
Keputusan subsidi RON95 akan ambil kira ekonomi semasa
Kerajaan akan mengambil kira keadaan ekonomi semasa dalam membuat sebarang keputusan mengenai pelaksanaan penyasaran semula subsidi petrol RON95.
UMS wujudkan Grid Centre pertama di Kepulauan Borneo
Universiti Malaysia Sabah (UMS) wujudkan pusat data infrastruktur hijau tahan lasak atau grid center yang pertama di kepulauan Borneo.

Nahas FRU: Kerosakan lori tidak patut berlaku jika ujian Puspakom dipatuhi - Ahmad Zahid
Perkara itu tidak akan berlaku jika kenderaan tersebut menjalani pemeriksaan secara berkala.
Perkembangan nahas trak FRU
Khalis Khadir bawakan perkembangan terkini nahas yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Perskeutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak.

Jenazah Tan Sri Musa selamat dikebumikan
Jenazah Musa dikebumikan pada 10.40 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9 Kota Damansara.

Musa letak asas kukuh pengajian sains perubatan, kejuruteraan - USM
Jasa dan sumbangan bekas Naib Canselor USM itu dalam bidang pendidikan amat besar terutama kepada universiti berkenaan.