SEBERANG JAYA: Peminat raja buah boleh menikmati durian Musang King dengan harga mampu milik iaitu RM35 sekilogram yang dijual di Penang FAMA Fest 2022 di tapak parkir pasar raya Lotus's Seberang Jaya.
Program yang berlangsung selama lima hari bermula Rabu lepas itu turut menawarkan jualan buah-buahan bermusim RM30 bagi setalam di laman durian yang disediakan.
Selain itu, komponen yang menjadi tarikan utama adalah empayar makanan popular dari seluruh negara, jualan orkid dan keladi viral serta pelbagai aktiviti lain.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, penganjuran Penang FAMA Fest 2022 itu antara usaha pemulihan dan merancakkan semula ekonomi tempatan yang pasti dinanti-nantikan ramai terutama oleh para usahawan.
Menurutnya, pengunjung ditawarkan pelbagai pilihan produk agromakanan yang boleh didapati menerusi Jualan My Rakyat dan Jualan Terus Dari Ladang dengan penawaran penjimatan 10 peratus dari pasar-pasar awam berdekatan.
Ahmad (kanan) ketika meninjau gerai jualan di Penang FAMA Fest 2022 pada Khamis.
“FAMA membawa usahawan-usahawan tempatan dengan menawarkan produk dengan harga yang berpatutan seperti Jualan Durian Musang King antara RM30 hingga RM35 sekilogram dan juga RM30 bagi setalam buah-buahan tempatan, bertepatan dengan Kempen Lebihkan Makan Buah-buahan Tempatan.
"Penyediaan platform jualan ini harus direbut oleh usahawan tempatan bagi membantu memasarkan produk dan menambah pendapatan selepas peralihan endemik dimana pelbagai aktiviti promosi dijalankan pada program tersebut sekali gus memberi manfaat kepada pelanggan yang hadir dan pelanggan yang membeli melalui platform Agrobazaar Online akan menyediakan RM20 ribu baucar pembelian dalam talian," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Penang FAMA Fest 2022 di sini, pada Khamis.
Selain laman durian, antara tarikan utama lain yang boleh didapati di Penang FAMA Fest 2022 seperti empayar makanan yang membawakan pelbagai menu makanan popular serata negeri seperti Udang Sanggol Perlis, Teh Ais Lembah Bujang, Beriani Buluh, Patin Tempoyak, sambal hitam dan lain-lain.
Seramai 130 orang usahawan tani diberikan ruang untuk memasarkan hasil pertanian mereka pada program kali ini dengan 11 kluster serta 84 lot usahawan.
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jun 23 2022
Durian Musang King dijual dengan harga RM30 hingga RM35 sekilogram di Penang FAMA Fest 2022. -Gambar fail/Bernama
Pintas Utama serah zakat perniagaan RM3 juta kepada Lembaga Zakat Selangor
Sultan Selangor berkenan mewakili Lembaga Zakat Selangor menerima serahan zakat perniagaan berjumlah RM3 juta.
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
AWANI Ringkas: Kandungan mudarat di media sosial meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Xiaomi lancar kereta elektrik Xiaomi SU7, harga bermula RM141,500
Xiaomi semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Musang King harga mampu milik antara tarikan Penang FAMA Fest 2022
Program yang berlangsung selama lima hari bermula Rabu lepas itu turut menawarkan jualan buah-buahan bermusim RM30 bagi setalam di laman durian yang disediakan.