Orang ramai yang bercadang melakukan aktiviti perkelahan bersama keluarga di kawasan air terjun dan jeram di Selangor semasa musim hujan ini diminta mendapatkan maklumat berkaitan ramalan cuaca terlebih dahulu.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hassan Ashaari Omar berkata ia bagi memastikan mereka tidak terlibat dalam sebarang kejadian tidak diingini.
Orang ramai juga perlu sentiasa berhati-hati dengan kejadian kepala air di sungai dan jeram kerana sudah banyak kejadian lemas berlaku disebabkan perkara itu, katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan JBPM Selangor di Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik di sini hari ini.
Katanya masyarakat perlu mengetahui tanda-tanda awal kejadian kepala air yang merupakan gelombang air yang turun dalam kuantiti besar dan secara mendadak dari hulu sungai ke sungai utama."Fenomena kepala air dapat dihidu apabila air sungai berubah menjadi warna keruh dan terdapat banyak sisa-siasa kayu mengalir bersamanya," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata dari awal tahun sehingga kini, sejumlah 53 kes kematian akibat lemas dan hilang dalam hutan dicatatkan di destinasi tumpuan aktiviti perkelahan seperti air terjun, jeram dan sungai di Selangor.
Katanya pihak bomba akan menggandakan aktiviti rondaan di tempat-tempat perkelahan yang sering berlaku kejadian lemas, terutama pada musim tengkujuh yang meningkatkan risiko banjir kilat di beberapa tempat di Selangor, khususnya di kawasan Parlimen Hulu Selangor. - BERNAMA
Bernama
Fri Sep 28 2018
Tragedi lemas di lokasi air di seluruh negara sering dilaporkan ketika musim hujan. - Gambar hiasan
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Jamuan Aidilfitri komuniti Taiping, 'potluck' sambil berkelah
Lebih istimewa apabila masing-masing yang hadir segak mengenakan pakaian kebangsaan baju Melayu dan baju kurung.
Lelaki dikhuatiri lemas di Pantai Batu Buruk
Kegembiraan empat sekeluarga berkelah di Pantai Batu Buruk di sini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka dikhuatiri pagi tadi.
Perkelahan berakhir tragedi, dua pelajar UniKL lemas ketika beriadah
Perkelahan tujuh pelajar Universiti Kuala Lumpur di sini berakhir tragedi apabila dua daripada mereka lemas ketika bermandi di situ, tengah hari Jumaat.
Ibu, bayi cedera dihempap pokok ketika berkelah
Seorang wanita bersama bayi lelakinya cedera selepas dihempap sebatang pokok ketika sedang berkelah.
Ibu, anak nyaris jadi mangsa kepala air
Kesemua mangsa dalam keadaan selamat dan operasi menyelamatkan mangsa sedang dilakukan pasukan penyelamat.
Tiga sekeluarga mati lemas ketika berkelah
Tiga sekeluarga termasuk pasangan adik-beradik ditemukan lemas selepas berkelah bersama ahli keluarga.
Seorang maut, rakan terselamat ketika mandi sungai
Mangsa lelaki berusia 26 tahun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan manakala rakannya berusia 27 tahun sempat diselamatkan orang awam.
Kanak-kanak 6 tahun lemas ketika berkelah di Port Dickson
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun disahkan meninggal dunia akibat lemas di Pantai Seaview, Tanjung Gemok di sini petang tadi.
Kanak-kanak lemas ketika berkelah bersama nenek, bapa saudara di Sungai Ulu Piah
Seorang kanak-kanak berusia dalam lingkungan tiga tahun lemas ketika berkelah bersama nenek, bapa saudara dan dua abangnya di Sungai Ulu Piah, dekat sini, hari ini.
Selepas 40 jam, mayat remaja lemas ditemui terapung di tepi sungai
Mayat mangsa dijumpai oleh penduduk kampung dan dibawa naik ke darat dengan bantuan pihak polis dan bomba.