"Lagu raya pun dah ada," celah rakan semeja apabila penulis memberitahu perihal gerai menjual biskut raya di kompleks beli-belah, kira-kira dua minggu sebelum umat Islam di negara ini mula berpuasa.
Lagu raya, jualan raya, bazar Ramadan, bufet Ramadan adalah sinonim dengan bulan puasa dan sambutan hari raya di Malaysia di samping "balik kampung".
Tak sahlah kalau tak balik kampung beraya, yang telah menjadi tradisi sambutan hari raya serta perayaan lain di negara ini termasuk bagi anak muda yang merantau mencari rezeki di kota besar seperti Kuala Lumpur.
Sana sini jualan
Lazimnya jualan kuih hari raya, pakaian serta barang keperluan hari raya dibuat secara besar-besaran sepanjang bulan Ramadan.
Di Kuala Lumpur, antara tempat yang paling menjadi tumpuan untuk berbelanja adalah kawasan Jalan Tuanku Abdul Rahman, khasnya Lorong TAR.
Seperti cendawan tumbuh selepas hujan, begitu banyak gerai muncul di lorong belakang itu dengan jualan aneka jenis barangan dan kuih-muih raya.
Di Lorong TAR sahaja dilaporkan ada lebih 300 gerai Bazar Ramadan sementara di Jalan Masjid India ada sekitar 65 gerai.
Berniaga di Bazar Ramadan mungkin mendatangkan pendapatan lumayan sehinggakan ada golongan peniaga yang sanggup membayar sewa sehingga RM55,000 untuk berniaga di kawasan berkenaan sepanjang bulan puasa itu.
Tapak Bazar Ramadan Lorong TAR dan Jalan Masjid India dikatakan menjadi rebutan kerana kawasannya yang sudah terkenal dan menjadi tempat tumpuan membeli barangan keperluan hari raya.
Bufet Ramadan
"Nak buka puasa di mana hari ini?" "Nak berbuka dengan apa hari ini?" Mereka yang berkemampuan mungkin boleh melayan nafsu menjamu selera di hotel atau restoran yang menawarkan Bufet Ramadan untuk berbuka puasa atau "iftar".
Pada hari pertama Ramadan lagi, banyak akhbar cetak rancak memaparkan premis termasuk hotel yang menawarkan bufet Ramadan ini.
Pelbagai tarikan digunakan untuk menjadikan bufet ini lebih menarik dengan memaparkan gambar pelbagai juadah berwarna-warni.
Harga bufet Ramadan ini antara RM50 dan lebih RM100 bergantung kepada premis dan hidangan yang disediakan. Ada hotel yang mengenakan sehingga lebih RM150 untuk orang dewasa dengan jumlah hidangan sehingga lebih 100 jenis!
Maaf cakap, macam mana hendak makan hidangan yang sebanyak itu!
Banyak pembaziran
Sepatutnya boleh berjimat tetapi mengapa ada yang merungut banyak pula keluar belanja pada bulan puasa. Apa tidaknya kalau terus-terusan mengikut telunjuk hawa nafsu.
Ambil Pasar Ramadan, sebagai contoh, memang banyak pilihan makanan juga beraneka warna jenis minuman yang dijual. Kalau kalah dengan tuntutan nafsu, berbungkus-bungkuslah makanan dan minuman yang dibeli.
Cuma realitinya, kebanyakan yang dibeli akan berakhir di tong sampah sahaja!
Menurut perangkaan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCORP), rakyat Malaysia membuang sekitar 800,000kg makanan sehari.
Jumlah itu boleh mencecah sehingga 1 juta kg atau 1,000 tan sehari sepanjang bulan Ramadan dan Aidilfitri!
Bijaklah berbelanja
Ketika Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus berkuatkuasa sejak 1 April lepas, ramai yang mengeluh kerana terpaksa mengeluarkan belanja yang lebih.
Sehinggakan ada yang sebelum ini tidak pernah ambil kisah tentang resit bayaran, mula mengumpul resit bayaran dan mengira semula harga serta berapa banyak GST yang dikenakan.
Belum habis isu GST, pengguna di Malaysia berasa tertekan lagi dengan kenaikan harga bahan api yang diumumkan pada 1 Jun lepas iaitu kenaikan 10 sen seliter bagi harga runcit petrol RON95 (RM2.05) dan RON97 (RM2.35).
Apa pun, pengguna bijaklah berbelanja. Jangan biarkan diri terbelit dengan hawa nafsu sehingga sanggup berhutang kad kredit keliling pinggang.
Lebih parah jika sanggup mencari Ah Long untuk mendapatkan pinjaman mudah semata-mata untuk bergaya sakan di hari raya!
Ubah sikap buruk yang "semua mesti baru" di hari raya!
Penjawat awam khususnya perlu berhati-hati dengan perbelanjaan. Gaji bulan Jun mungkin diterima pada 25 haribulan sementara untuk bulan Julai dijangka dibayar seawal 9 haribulan memandangkan Aidilfitri dijangka disambut pada 16 atau 17 Julai.
Tunggu dulu kalau hendak tersenyum seronok dapat gaji awal. Fikir pula gaji bulan Ogos, tu dia 25 haribulan. Ada sekitar 48 hari dari 9 Julai hendak dapat gaji bulan Ogos!
Makanya biarlah kita berhari raya ala kadar sahaja asalkan tidak menggigit jari dan mengikat perut, tidur tak lena menghitung hari bila akan dapat gaji! -- Melati Mohd Ariff
Bernama
Sat Jun 27 2015
Lagu raya, jualan raya, bazar Ramadan, bufet Ramadan adalah sinonim dengan bulan puasa dan sambutan hari raya di Malaysia di samping "balik kampung".
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.