KOTA BHARU: Sebanyak 186 kawasan berisiko kepala air di seluruh negara akan ditutup bermula November hingga Januari tahun depan, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata Jabatan Mineral dan Geosains juga telah memberi amaran kepada penduduk setempat supaya tidak melakukan sebarang aktiviti pada musim tengkujuh di kawasan rekreasi yang berisiko berlakunya kepala air.
"Saya dimaklumkan ... peristiwa kepala air akan berlaku dalam tempoh 30 tahun sekali seperti kejadian di Baling, Kedah.
"Lokasi yang berisiko itu akan ditutup termasuk Gunung Stong di Kuala Krai dan Jeram Linang di Pasir Puteh," katanya.
Takiyuddin berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Program Seminar Pemerkasaan Ekopelancongan Sumber Asli di Pantai Cahaya Bulan di sini yang turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli) Kementerian Tenaga dan Sumber Asli Abdul Wahid Abu Salim.
Pada Jumaat, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pihaknya telah mengenal pasti sebanyak 5,500 lokasi 'hotspot' banjir di seluruh negara termasuk 186 kawasan berisiko kepala air.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 29 2022
Pada Jumaat, Kementerian Dalam Negeri mengenal pasti sebanyak 5,500 lokasi 'hotspot' banjir di seluruh negara termasuk 186 kawasan berisiko kepala air. - Gambar hiasan/BERNAMA
Majikan tipu pekerja asing di Pengerang gagal bayar tunggakan gaji, berdepan pendakwaan
Majikan yang didakwa melakukan penipuan terhadap pekerja asing di Pengerang, Johor, didapati masih tidak membuat sebarang pembayaran gaji.
MediaTek umum cip Dimensity 8250 dengan teknologi 4nm
Dimensity 8250 dilengkapi lapan teras CPU dengan konfigurasi 1 x Arm Cortex-A78 3.1GHz, 3 x Arm Cortex-A78 3.0GHz dan 4 x Arm Cortex-A55 2.0GHz.
Xi, Putin hadir rasmikan Tahun Budaya China-Rusia
Xi berkata hubungan China-Rusia dalam tiga perempat abad lalu memperlihatkan pengukuhan dan pengembangan persahabatan sesama jiran.
Serangan balai polis Ulu Tiram: Bedah siasat dua mangsa, suspek sedang dijalankan
Tinjauan mendapati laluan serta pekarangan Jabatan Perubatan Forensik, HSI dikawal ketat anggota polis.
Empat individu termasuk wanita Vietnam ditahan terlibat sindiket pinjaman tanpa lesen
Selain wanita warga asing, turut ditahan tiga lelaki tempatan berusia 22 hingga 34 tahun.
Insiden Balai Polis Ulu Tiram: Jangan kongsi maklumat tidak pasti - Fahmi
Orang ramai perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah bagi memastikan mereka tidak menyebarkan maklumat yang tidak betul.
Jemaah Islamiyah ancaman utama keselamatan Asia Tenggara
JI terkenal kerana terlibat dalam beberapa serangan pengganas besar di rantau ini, termasuk pengeboman kelab malam Bali pada 2002 yang mengorbankan 202 nyawa, kebanyakannya pelancong asing.
Agenda AWANI: Mentakrifkan semula kejayaan
Apakah strategi Yayasan Peneraju dalam memperkasa dan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam penciptaan nilai dan penguasaan ekonomi dalam sektor baharu?
Diskusi dan analisis dalam Agenda Awani jam 9:00 malam ini.
Diskusi dan analisis dalam Agenda Awani jam 9:00 malam ini.
Huawei perkenal inovasi terbaharu WATCH FIT 3, Matebook X Pro
Boleh dipadankan dengan kedua-dua peranti iOS dan Android serta bateri yang mampu bertahan sehingga 10 hari, HUAWEI WATCH FIT 3 memastikan pemakai kekal berhubung dengan lancar.
Maszlee cadang Chong Wei bantu kembangkan bakat pemain badminton Rusia
Pengerusi IAIS Malaysia, Profesor Maszlee Malik, berhasrat menggunakan kepada kepakaran seperti Datuk Lee Chong Wei untuk membantu menggilap bakat badminton di Rusia.
Ubi laris pada musim tengkujuh
Hujan menyebabkan Mat Ariffin tidak dapat bekerja seperti biasa lalu mendorongnya menjual ubi bagi mencari pendapatan lain.
Musim tengkujuh: Pembekal jual ayam pada harga murah bantu orang ramai
Ketua Pengawai Eksekutif Ayam Putih Sdn Bhd Erra Emira Mohamed Zin berkata lebih 2,000 ekor ayam dijual pada program promosi syarikatnya.
Hujan berterusan di Pantai Timur dan utara Semenanjung sehingga 22 Nov - MetMalaysia
Ia berdasarkan analisis model-model cuaca yang menjangkakan luaran monsun berlaku sehingga tempoh tersebut.
Bersedia sepenuhnya hadapi kecemasan sekiranya banjir - Kapten Bala
Kapten Bala berkata, pada musim tengkujuh ketika ini mungkin berlaku hujan lebat berterusan yang boleh mengakibatkan limpahan sungai.
Musim tengkujuh: 186 kawasan berisiko kepala air seluruh negara ditutup mulai November
Penduduk setempat diberi amaran supaya tidak melakukan sebarang aktiviti pada musim tengkujuh di kawasan rekreasi yang berisiko.
APM Kelantan tingkatkan latihan hadapi Monsun Timur Laut
Latihan bertujuan bagi mempersiapkan anggota yang terlibat dalam operasi semasa musim tengkujuh.
Dalam masa 24 jam, petisyen bantah PRU15 di musim banjir kumpul lebih 8,000 tandatangan
Dalam tempoh 24 jam selepas dilancarkan, petisyen Bantah PRU15 Semasa Banjir: Selamatkan Nyawa Bukan Jawatan masih belum mendapat 10,000 tandatangan.
PRU15: 'Apalah sangat kerajaan tunggu sampai akhir penggal?' - Nurul Izzah
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memberitahu, keutamaan harus diberikan kepada persediaan kelengkapan untuk musim tengkujuh dan iklim yang terlalu ekstrem.
Banjir: Tiga tahun 'terlepas', mangsa tak sangka rumah dinaiki air kali ini
Pada dia mulanya lega kerana menyangka musim tengkujuh sudah berakhir bulan lalu sekali gus mereka sekeluarga terlepas daripada bencana alam itu.
Banjir: Bantuan wang ihsan RM1,000 diperluas untuk setiap ketua isi rumah terjejas
Kadar Bantuan Wang Ihsan (BWI) untuk mangsa banjir akibat monsun timur laut kini ditingkatkan kepada RM1,000 daripada RM500 bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat bencana itu.