awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ChatGPT mula uji paparan iklan, langkah persediaan jana pendapatan baharu
GeForce NOW perkenal had permainan 100 jam sebulan mulai Januari, Malaysia tidak terkesan
Kes 1MDB: Mahkamah Tinggi tolak pembelaan Najib berkaitan derma politik keluarga diraja Arab Saudi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan berterusan di Pantai Timur dan utara Semenanjung sehingga 22 Nov - MetMalaysia

Astro Awani
Astro Awani
16/11/2023
06:50 MYT
Hujan berterusan di Pantai Timur dan utara Semenanjung sehingga 22 Nov - MetMalaysia
MetMalaysia menjangka dalam tempoh berkenaan, angin kencang dan laut bergelora berlaku di Laut Cina Selatan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan berterusan di Pantai Timur dan utara Semenanjung serta Sabah sehingga 22 November ini.
Ia berdasarkan analisis model-model cuaca yang menjangkakan luaran monsun berlaku sehingga tempoh tersebut.
Dalam satu kenyataan, MetMalaysia juga menjangka dalam tempoh berkenaan, angin kencang dan laut bergelora berlaku di Laut Cina Selatan.
"MetMalaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) yang melibatkan Kelantan dan Terengganu berkuat kuasa sehingga 18 November ini.
"Manakala, bagi Pahang dan Sabah pula berkuat kuasa pada 17 hingga 19 November ini.
"Amaran angin kencang dan laut bergelora turut dikeluarkan berkuat kuasa sehingga 21 November ini," kata kenyataan tersebut.
MetMalaysia juga menjangkakan hujan berserta ribut petir berpotensi berlaku di negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung serta utara dan tengah Sarawak pada sebelah petang hingga malam.
Susulan itu, orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman sesawang MetMalaysia dan semua sosial media serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang sahih dan terkini.
RAMALAN CUACA SIGNIFIKAN Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) Masa dikeluarkan: 2.00 petang Tarikh: 16 November 2023 pic.twitter.com/XpPMPXZGtR
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) November 16, 2023

Topic Berkaitan
#hujan
#ribut
#petir
#angin kencang
#laut bergelora
#tengkujuh
#banjir
#MetMalaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan