KOTA KINABALU: Orang ramai terutama warganet dinasihatkan supaya tidak berkongsi maklumat yang tidak pasti mengenai insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada awal pagi tadi, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata sebaliknya orang ramai perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah, antaranya pihak berkuasa bagi memastikan mereka tidak menyebarkan maklumat yang tidak betul berkenaan insiden terbabit.
"Insiden ini masih dalam siasatan dan kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan maklumat penuh kejadian, saya pasti PDRM (Polis Diraja Malaysia) akan memberikan maklumat penuh mengenai insiden ini nanti. Kita serahkan kepada mereka.
"Nasihat saya kita jangan terburu-buru buat spekulasi, kerana boleh timbulkan berbagai reaksi tidak betul dan tidak baik mengenai insiden itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sembang santai bersama Komuniti MADANI di sini hari ini.
Dalam kejadian 2.45 pagi itu, tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis dan suspek yang berusia lingkungan 30-an, manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan itu cedera.
Memberikan contoh, Fahmi berkata baru-baru ini tular di media sosial satu hantaran gambar resit kononnya dikeluarkan sebuah restoran makanan segera yang menyentuh isu 3R (agama, bangsa dan institusi raja), tetapi sebenarnya mesej di ruangan 'remark' itu dibuat oleh seorang individu yang memesan makanan secara dalam talian.
"Saya lihat ada suatu sikap kita (iaitu) tiada maklumat itu tetapi kita sudah buat keputusan...ini sangat bahaya. Sama juga dengan insiden Ulu Tiram saya minta semua jangan terlalu pantas capai konklusi seolah-olah kita sudah tahu. Serahkan kepada polis buat siasatan, kita nantikan maklumat penuh," katanya.
Beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) boleh dan telah mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat dengan sebaran palsu atau mengganggu gugat ketenteraman awam di negara ini.
Fahmi turut merakamkan ucapan takziah daripada Jemaah Menteri kepada ahli keluarga anggota polis yang menjadi mangsa dalam insiden serangan berkenaan.
"Bagi pihak kerajaan dan Jemaah Menteri, saya ingin sampaikan dan rakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa terbabit dalam serangan Balai Polis Ulu Tiram pada awal pagi tadi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 17 2024
Anggota polis forensik memeriksa lokasi kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, hari ini. -- fotoBERNAMA
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Ideologi keganasan: Adik suspek serang Balai Polis Ulu Tiram mengaku tidak bersalah
Mahkamah Tinggi menetapkan 9 Januari 2025 untuk pengurusan kes.
Bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram didakwa sokong Daish, miliki senjata api
Radin Imran membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan semula di hadapan Hakim yang kemudiannya menetapkan 15 Nov ini untuk pengurusan kes.
Abang penyerang Balai Polis Ulu Tiram didakwa sokong, miliki bahan berkaitan Daesh
Abang sulung lelaki yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram sehingga mengakibatkan kematian dua anggota polis dan seorang lagi cedera, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi.
Fitnah mangsa insiden Balai Ulu Tiram: Tukang cuci dipenjara tujuh hari, denda RM800
Seorang tukang cuci dihukum penjara tujuh hari dan didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan memuat naik komen berbaur fitnah di media sosial terhad
Lelaki fitnah anggota polis terkorban insiden Ulu Tiram ditahan
Polis tahan lelaki tempatan berkaitan hantaran komen fitnah terhadap anggota polis yang terkorban dalam insiden tembakan di Balai Polis Ulu Tiram.
Wira insiden tembakan Balai Polis Ulu Tiram pimpin ikrar Rukun Negara, laungan merdeka
Koperal Mohd Khairul Azhar Abbi Paisa memimpin bacaan ikrar Rukun Negara sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024 hari ini.
Sebutan semula kes lima anggota keluarga suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram 2 Sept
Mahkamah turut memerintahkan seorang daripada lima tertuduh untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan di hospital.
Pintu pagar balai ditutup 10 malam: Penyampaian perkhidmatan berjalan seperti biasa - KPN
Penyampaian perkhidmatan PDRM berjalan seperti biasa walaupun arahan agar pintu pagar balai polis di seluruh negara ditutup selepas 10 malam.
Hanya pintu pagar balai polis ditutup, operasi berjalan seperti biasa - KDN
Orang ramai masih boleh membuat laporan dan tiada sebarang halangan selepas waktu itu..
Pintu pagar balai polis ditutup selepas 10 malam - Saifuddin Nasution
Tindakan itu adalah sebagai antara langkah untuk memperketatkan keselamatan di premis berkenaan susulan insiden di Balai Polis Ulu Tiram, Johor baru-baru ini.