Musim tengkujuh yang melanda beberapa negeri utara memberi impak kepada nelayan yang tidak dapat turun ke laut seperti biasa.

Tempiasnya bekalan ikan kini semakin berkurangan sehingga orang ramai terpaksa berebut-rebut untuk membelinya.

Tinjauan di pasar nelayan Seberang Kota, Kuala Kedah mendapati bekalan ikan kembong terutamanya melambung tinggi dari RM3 sekilogram kini mencecah sekali ganda ke RM6.

Bagaimanapun ramai nelayan tidak turun ke laut kerana cuaca tidak menentu malah ada yang terpaksa ke laut dalam kerana ikan berkurangan di pesisiran pantai.

Sementara itu, pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kedah Moahamd Noor Had berkata pengguna tidak perlu bimbang dengan kekurangan bekalan ikan kerana keadaan itu bukan berlaku setiap hari.

Katanya, kekurangan bekalan itu hanya berlaku dua atau tiga hari dalam seminggu dan pengguna terpaksa akur dengan keadaan cuaca yang melanda.