awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Musim tengkujuh dijangka bermula November, lalui enam episod hujan lebat

Umavathi Ramayah, Intan Shanim Sulaiman
Umavathi Ramayah, Intan Shanim Sulaiman
03/10/2024
03:00 MYT
Musim tengkujuh dijangka bermula November, lalui enam episod hujan lebat
Pada penghujung Monsun Timur Laut, iaitu dari Februari hingga Mei 2025, beberapa kawasan di utara Semenanjung dijangka mengalami cuaca yang kering dan kurang hujan. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh dijangka bermula pada bulan depan dan berterusan sehingga Mac 2025.
Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Ambun Dindang berkata sepanjang tempoh itu, Malaysia diramal melalui empat hingga enam episod hujan lebat berterusan yang signifikan.
“Biasanya, episod hujan lebat ini akan berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang, dari November hingga Disember ini.
“Sementara Disember ini hingga Januari depan, hujan lebat dijangka lebih tertumpu di Johor, Sabah dan Sarawak,” katanya ketika berucap pada Forum Iklim Kebangsaan 2024, Monsun Timur Laut: Tindakan dan Cabaran Pihak Hadapan, di sini hari ini.
Selain itu, Ambun memberitahu, hujan berterusan juga mungkin berlaku di negeri-negeri pantai barat sekiranya terdapat luruan monsun yang kuat atau kewujudan sistem tekanan rendah di rantau negara.
Kebanyakan tempat, katanya, dijangka mengalami jumlah hujan bulanan pada paras purata, kecuali beberapa kawasan di utara dan timur Semenanjung serta timur Sabah yang dijangka menerima hujan sedikit di atas paras purata pada fasa awal Monsun Timur Laut.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, pada penghujung Monsun Timur Laut, iaitu dari Februari hingga Mei tahun depan, beberapa kawasan di utara Semenanjung Malaysia seperti di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu dijangka mengalami cuaca yang kering dan kurang hujan.
“Masalah jerebu setempat dan rentas sempadan serta gelombang haba juga boleh berlaku dalam tempoh tersebut.
“Dalam usaha menangani masalah jerebu, METMalaysia mengambil inisiatif menghasilkan model sebaran aerosol dan agen pencemar atmosfera bagi menyokong operasi harian jabatan, terutama semasa musim jerebu dan kering,” ujarnya.
Selain itu, menurut beliau, jabatan berkenaan itu menyediakan Fire Danger Rating System (FDRS) untuk mengenal pasti kawasan yang berpotensi untuk berlaku kebakaran hutan serta tanah gambut.
“Dalam memantau cuaca semasa Monsun Tumir Laut, Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional (POCGN) yang beroperasi 24 jam tujuh hari seminggu akan memberikan maklumat, ramalan cuaca dan amaran cuaca buruk apabila keadaan memerlukan,” ujarnya.
Menurut Ambun lagi, maklumat, ramalan cuaca dan amaran hujan lebat, laut bergelora dan angin kencang yang dikeluarkan akan disebarkan melalui pelbagai medium seperti laman web, media sosial, media elektronik, media cetak dan aplikasi mobil myCuaca.
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#tengkujuh
#MetMalaysia
#cuaca buruk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan