awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mustafa Ali bertanding di Putrajaya?

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
21/02/2013
23:11 MYT
Mustafa Ali bertanding di Putrajaya?
Pas dipercayai akan meletakkan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustafa Ali sebagai calon Pakatan Rakyat bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Sumber dalaman Pas memberitahu Astro Awani, biarpun menyedari Putrajaya merupakan kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN), Mustafa dikatakan sanggup untuk berdepan siapa sahaja termasuk penyandang kerusi berkenaan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Sekiranya BN sekali lagi mencalonkan Tengku Adnan, kerusi Parlimen Putrajaya bakal menyaksikan pertembungan dua setiausaha agung parti yang mewakili orang Melayu. Tengku Adnan merupakanSetiausaha Agung UMNO.
"Nama Cikgu Pa (Mustafa) telah diletakkan untuk bertanding di Putrajaya dan katanya dia sanggup lawan siapa sahaja termasuk Ku Nan (Tengku Adnan)," kata sumber berkenaan.
Mustafa pula enggan memberikan komen ketika diminta mengesahkan berita tersebut sebaliknyameminta supaya tunggulah sehingga Pas mengumumkan senarai calonnya.
"Saya sendiri tunggu hari nama calon diumumkan. Ada kemungkinan ada, ada kemungkinan tiada," katanya.
Mustafa pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar pada awal tahun 1977 sehingga November 1977 ketika Pas menyertai beberapa parti lain membentuk Kerajaan Campuran Pas-Perikatan pada 1973, dan kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974.
Pada PRU-12, Musatafa yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Limbat tewaskepada calon BN, Alias Abdullah. Tengku Adnan pula memenangi kerusi Parlimen Putrajaya dengan mendapat undi sebanyak 4038 manakala calon Pas, Mohamad Noor Mohamad mendapat 1,304 undi.
Topic Berkaitan
#BN
#calon
#Mustafa Ali
#PAS
#pilihan raya
#PRU-13
#Putrajaya
#Tengku Adnan Tengku Mansor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan