BARCELONA: Mobile World Congress Barcelona 2024 (MWC2024) akan digunakan sebagai platform bagi membantu usaha kerajaan meningkatkan lagi kadar penerima penggunaan teknologi 5G dalam kalangan rakyat, terutama dari sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata hal ini menjadi antara keutamaan beliau dalam kongres berkenaan, selain bagi mengetengahkan kejayaan Kerajaan MADANI dalam pelaksanaan 5G yang menyaksikan kadar liputan dalam negara mencapai 80.2 peratus setakat Disember 2023, manakala kadar penerima penggunaan mencecah 29.9 peratus setakat Januari lepas.
"Malam tadi kita telah adakan pertemuan dengan Ericsson, pagi ini ZTE dan dalam hari-hari akan datang kita akan saksikan (pemeteraian) perjanjian persefahaman (MoU) antara syarikat telekomunikasi dengan penyedia peralatan telekomunikasi.
"Kita akan lihat bagaimana kita boleh bekerjasama sekali dengan Digital Nasional Berhad (DNB) untuk tingkatkan lagi penggunaan 5G dalam kalangan PMKS," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama dan RTM ketika ditemui di sini. Fahmi berada di Barcelona bagi mengetuai delegasi Malaysia ke MWC 2024 dan dijadual menyampaikan ucaptama bagi merasmikan Pavilion Malaysia di kongres itu, esok.
MWC 2024 merupakan perhimpunan tahunan terbesar industri telekomunikasi anjuran badan antarabangsa Groupe Speciale Mobile Association (GSMA), dengan Barcelona dipilih sebagai tuan rumah penganjuran kongres yang bakal mengumpulkan lebih 100,000 pemain industri telekomunikasi.
Selain syarikat telekomunikasi, Pavilion Malaysia yang diketuai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga akan mempamerkan reruai daripada agensi kerajaan seperti Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan CyberSecurity Malaysia.
Fahmi berkata forum seperti MWC ini akan menyajikan pelbagai teknologi dan peralatan baharu yang mampu membantu usaha pelaksanaan 5G dalam negara sekiranya boleh disesuai manfaatkan dengan keadaan di Malaysia.
"Kita maklum yang dalam era pendigitalan banyak teknologi baharu yang sedang dirangka tetapi belum dilaksanakan lagi, jadi melalui forum seperti MWC ini kita akan dapat saksikan beberapa teknologi baharu dan peralatan baharu tetapi perlu kita sesuaikan dengan kerangka kawal selia di Malaysia melalui MCMC dan juga tahap penerima penggunaan," katanya.
Mengulas lanjut, Fahmi berkata ketika ini, sememangnya syarikat telekomunikasi seperti ZTE ada mengadakan hubungan strategik dengan universiti tempatan dan DNB untuk melihat pencapaian penggunaan 5G dalam negara.
"Isunya bukan dari segi makmal tetapi penggunaan dunia sebenar, ini yang saya nampak perkara yang kita perlu beri keutamaan.
"Perkara yang saya banyak bincang dengan syarikat-syarikat ini ialah mungkin berkenaan model-model perniagaan baharu, yang membantu syarikat untuk memiliki dan menggunakan teknologi 5G dan seterusnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 25 2024
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil bercakap kepada BERNAMA dan RTM ketika ditemui pemberita hari ini. - Foto BERNAMA
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Negara perlu 6,000 veterinar tampung keperluan industri
Malaysia juga berhasrat untuk memenuhi nisbah seorang doktor haiwan kepada 5,000 penduduk.
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah.
Kerajaan proaktif tangani ajaran sesat masuk ke negara ini
Kerajaan sentiasa ambil langkah proaktif sekat penyebaran ajaran sesat ataupun fahaman yang bertentangan dengan akidah umat Islam di negara ini.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Starlink dicadang untuk buka pejabat di Malaysia - Fahmi
Kementerian Komunikasi telah menyuarakan cadangan kepada Starlink supaya membuka pejabatnya di Malaysia bagi memudahkan urusan pihak yang ingin mendapatkan perkhidmatan mereka di dalam negara.
MWC2024 dimanfaat dalam usaha pertingkat kadar penerima gunaan 5G negara - Fahmi
MWC2024 akan digunakan sebagai platform bagi membantu usaha kerajaan meningkatkan lagi kadar penerima penggunaan teknologi 5G dalam kalangan rakyat, terutama dari sektor PMKS.