awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

myBarber tampil merevolusikan perkhidmatan penjagaan rambut, lebih fleksibiliti kepada pelanggan

Astro Awani
Astro Awani
24/11/2024
04:30 MYT
myBarber tampil merevolusikan perkhidmatan penjagaan rambut, lebih fleksibiliti kepada pelanggan
myBarber menyediakan kemudahan tempahan sama ada di barbershop atau di rumah, yang memberikam lebih fleksibiliti kepada pelanggan. - Foto myBarber
KUALA LUMPUR: Tempahan perkhidmatan penjagaan rambut kini bukan lagi satu kerumitan!
myBarber, sebuah aplikasi inovatif yang dibangunkan pengusaha tempatan, TODAK, menjanjikan pengalaman yang lebih mudah, cekap dan berkualiti untuk pengguna.
Dengan hanya beberapa klik, pelanggan boleh menempah temu janji untuk potongan rambut atau perkhidmatan grooming lain.
myBarber turut menyediakan kemudahan tempahan sama ada di barbershop atau di rumah, yang memberikam lebih fleksibiliti kepada pelanggan
Selain itu, aplikasi ini turut membolehkan pelanggan meneroka portfolio tukang gunting rambut terkemuka berhampiran, membaca ulasan pelanggan serta membuat pembayaran tanpa tunai terus melalui aplikasi.
Menurut pengasasnya, Muhammad Saiful Amirul Nasharuddin, visi utama myBarber adalah untuk merevolusikan cara tradisional tempahan perkhidmatan penjagaan rambut.
"Kami mahu menjadi platform pilihan utama untuk penjagaan rambut. Pada masa sama platform ini juga memberi sokongan kepada tukang gunting sambilan dengan menyediakan perkhidmatan panggilan ke rumah dan membantu meluaskan jangkauan melalui kehadiran dalam talian serta kempen pemasaran, menarik pelanggan baharu dan mengembangkan perniagaan,” katanya dalam kenyataan sempena pelancaran versi beta aplikasi itu di ibu negara, baru-baru ini.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif myBarber, Ahmad Hazman Hashri, dan pengasas TODAK, Azlan Zainal.
Pelancaran myBarber versi beta disambut meriah dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk sesi pendidikan rambut oleh pakar industri dan pertandingan ‘Barber Battle’, yang menonjolkan kreativiti serta kemahiran tukang gunting berbakat dalam kategori seperti 'fast fade'.
Topic Berkaitan
#gunting rambut
#revolusi kedai rambut
#barbershop
#SME
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan