JOHOR BAHRU: Pelaksanaan perkhidmatan MyBAS Johor Bahru melalui Program Transformasi Bas Henti-henti (SBST), seawal Mac ini mampu menampung kapasiti sehingga 6.4 juta penumpang setahun, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata, penyediaan kapasiti itu berdasarkan unjuran penumpang yang diperoleh sebelum permulaan wabak COVID-19.

Buat masa ini, Ka Siong berkata, pelaksanaan MyBAS JB melibatkan 19 laluan di lima koridor – Kota Tinggi, Masai, Kulai, Gelang Patah dan Pontian dengan jajaran perkhidmatan sejauh 1,052 kilometer.

“Salah satu keunikan ialah buat kali pertamanya kita perkenalkan bas jenis Electric Vehicle (EV) dan untuk Johor Bahru ini kita ada lapan bas EV, secara khusus untuk kawasan Pusat Bandaraya JB.

"Sebab itu kita (turut) melakar sejarah, kita perkenalkan SBST dan dalam konteks JB, kita telah perkenalkan sejenis bas yang memang diterima pakai di seluruh dunia, ia merupakan satu trend dunia,” katanya lagi.

Buat masa ini, Wee berkata, pelaksanaan MyBAS JB ini melibatkan 19 laluan di lima koridor – Kota Tinggi, Masai, Kulai, gelang Patah, dan Pontian, dengan jajaran perkhidmatan sejauh 1,052 kilometer.

Buat masa ini, Wee berkata, pelaksanaan MyBAS JB ini melibatkan 19 laluan di lima koridor – Kota Tinggi, Masai, Kulai, gelang Patah, dan Pontian, dengan jajaran perkhidmatan sejauh 1,052 kilometer.

Ka Siong berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Program SBST untuk Johor Bahru di sebuah hotel di ibu negeri, hari ini.

Turut menghadiri program itu ialah Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak.

Sementara itu, Hasni dalam ucapannya berkata, biarpun Johor mempunyai beberapa sistem pengangkutan berskala besar yang dalam perancangan iaitu, Keretapi Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur - Singapura; (Sistem Transit Aliran Johor Bahru–Singapura); dan Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru, namun, sistem bas henti-henti juga perlu diperkasakan lagi.

"SBST ini seperti diumumkan Menteri (Pengangkutan), adalah satu inisiatif untuk tempoh tiga tahun, RM50 juta setahun, satu jumlah besar untuk dimanfaatkan rakyat.

"Jadi RM150 juta ini saya yakin percaya, kerjasama IRDA dan syarikat Handal Indah Sdn Bhd sebagai penerajui, saya percaya mereka akan memastikan perancangan dibuat ini dapat berjalan dengan lancar," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau berkata, dengan pelaksanaan MyBAS Johor Bahru, penduduk di kawasan yang terlibat mempunyai alternatif mod pengangkutan darat untuk bergerak sekali gus mengurangkan kesesakan serta pelepasan karbon.

Yang paling penting, tegas Ka Siong, ialah visi kerajaan baik di peringkat Persekutuan mahupun negeri untuk menyediakan mod pengangkutan awam yang berkesan dan boleh diharapkan.

“Sudah tentu sekarang kita lihat ada masalah tempat letak kereta di Johor Bahru dan bukan saja kesesakan dalam jalan utama, tetapi kita kena lihat, kalau bas itu reliable dari segi ketepatan masa, sudah tentu ia akan galakkan lebih ramai guna bas.

“Dari segi kos, kalau kita bawa kereta ke satu kawasan, berbanding naik bas yang selesa, kenapa tidak naik bas? 

“Kalau bas itu mod pengangkutan, waktu kemuncaknya hanya 20 ke 30 minit, di luar waktu puncak antara 30 hingga 60 minit, kalau itu dalam perancangan mereka dalam satu perjalanan, lebih ramai yang akan gunakan bas,” katanya lagi.

Ka Siong berkata, kerajaan Persekutuan telah menyalurkan RM150 juta untuk tempoh tiga tahun bagi pelaksanaan SBST di Johor.