awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MyCC sedia siasat unsur kartel dalam industri padi dan beras negara - Armizan

Bernama
Bernama
20/02/2024
09:35 MYT
MyCC sedia siasat unsur kartel dalam industri padi dan beras negara - Armizan
Armizan berkata, MyCC sentiasa terbuka untuk mengambil tindakan sewajarnya jika maklumat berkaitan perkara itu dapat disalurkan kepada pihaknya. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan akan menjalankan siasatan sekiranya terbukti wujud aktiviti kartel dalam industri padi dan beras negara.
Menterinya ,Datuk Armizan Mohd Ali berkata Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sentiasa terbuka untuk mengambil tindakan sewajarnya jika maklumat berkaitan perkara itu dapat disalurkan kepada pihaknya.
"Sejak berkuat kuasa Akta Kawalan Padi dan Beras 1994, bidang kuasa kawal selia berkaitan industri padi dan beras terletak di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
"Namun, jika ada isu yang disebut mengenai kartel beras ini, KPDN khususnya MyCC, kita terbuka sekiranya KPKM atau pihak tertentu ada maklumat, boleh salurkannya kepada MyCC," katanya pada media selepas menghadiri Sesi Dialog Prakarsa Pendayaupayaan Pengguna, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri ,Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa cadangan pelaksanaan beras putih Malaysia MADANI, mampu mengekang industri beras negara daripada kawalan pihak kartel.
Semalam, Anwar berkata cadangan untuk melaksanakan beras putih Malaysia MADANI akan diteliti dan dibincang dalam mesyuarat Jawatankuasa Menangani Harga Makanan dan Kos Sara Hidup, Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Jumaat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kpdn
#kartel
#Industri padi
#beras
#Armizan Mohd Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan