KUALA LUMPUR: Minggu Acara Perniagaan Malaysia (MBEW) 2023 anjuran Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (The Centre) dengan jayanya.

Selama enam hari, 400 pemain industri acara perniagaan berkumpul dan beroleh pelbagai manfaat dalam bentuk pengetahuan dan pandangan menerusi pelbagai aktiviti seperti diskusi panel, bengkel, sesi latihan, forum dan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Pelancaran program sokongan MyTripleE menjadi tumpuan MBEW 2023, sejenis program sokongan di bawah kempen MyCEB Meet in Malaysia yang bermatlamat untuk menarik acara perniagaan rantau ini dan antarabangsa ke Malaysia di samping merancakkan pasaran tempatan.

Tiga komponen program tersebut - “Excel,” “Elevate,” dan “Enliven” - menyediakan sokongan kewangan dan bukan kewangan bagi memangkin pelaksanaan acara perniagaan bertaraf dunia dan menyentuh pelbagai segmen sasaran pasaran yang merangkumi persidangan, pameran, juga mesyuarat korporat dan insentif.

“Program MyTripleE merangkumi pembangunan pasaran antarabangsa sebagai sebahagian daripada portfolio berterusan kami dan menggalakkan lagi perkembangan acara dan mesyuarat tempatan untuk memekarkan semangat perpaduan dan harmoni dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Di samping itu, MyTripleE juga menyasarkan penekanan terhadap unsur kebudayaan dan bertindak sebagai satu penambahbaikan mutu acara perniagaan kerajaan,” jelas Pengerusi Interim MyCEB, Datuk Saraya Arbi.

Beliau menyatakan keterujaan terhadap liputan menyeluruh program tersebut dan peranannya dalam menyokong para pemegang taruh dengan menangani cabaran-cabaran industri.

Menjelang 2030, acara perniagaan dijangka menarik 5.9 juta perwakilan, menyumbang kepada RM42.12 bilion anggaran impak ekonomi disamping mencipta kira-kira 25,833 peluang pekerjaan, sekiranya semua berjalan dengan lancar sepertimana dirancang termasuk peruntukan perbelanjaan daripada kerajaan.

Hadir sama merasmikan MBEW 2023 adalah Datuk Mohd Zamri Mat Zain, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) mewakili Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing yang memuji kerja cemerlang MyCEB tidak hanya untuk acara tersebut, tetapi juga industri acara perniagaan secara keseluruhannya.

“Hari demi hari, MyCEB membuktikan bahawa mereka adalah tiang seri kepada industri ini dan terus meneraju semua pemain industri Malaysia dalam lapangan acara perniagaan global.

“MOTAC dengan proaktifnya menyokong aktiviti acara perniagaan dan mengalu-alukan kerjasama yang lebih besar dengan pihak bukan industri termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) demi mencapai fasa seterusnya dalam perkembangan untuk sektor ini,” katanya.

Setakat Ogos 2023, MyCEB telah mengesahkan 149 acara perniagaan di bawah kelolaannya yang akan berlangsung sepanjang tahun, menyumbang RM2.4 bilion anggaran impak ekonomi dan menerima sekitar 494,015 perwakilan ke negara ini.

Angka ini dijangka terus berkembang seiring masa, memberi petunjuk bahawa industri acara perniagaan sedang melangkah semakin teguh sejak bangkit daripada dibadai pandemik COVID-19.

Sementara itu, Presiden Persatuan Penganjur dan Pembekal Persidangan dan Pameran Malaysia (MACEOS), Francis Teo berbesar hati menjadi sebahagian daripada kuasa yang memacu MBEW 2023 menjadi sebuah acara berjaya dan cukup yakin dengan masa depan industri ini

“Melihat bakat-bakat baru berkembang dan menyumbang, seperti di dalam Program Pemimpin Masa Depan yang diadakan pada 23 Ogos, memberi semangat kepada komitmen kami kepada perkembangan industri ini.

“MBEW menjadi satu bukti kepada kolaborasi, inovasi, dan kuasa kemajuan kolektif.”

Di samping topik-topik kalis masa depan, MBEW membawakan program ‘signature’nya termasuk sesi bisnes-ke-bisnes eksklusif “BE Exchange” yang menjadi medan perkongsian pengalaman dan pengetahuan daripada organisasi-organisasi disegani seperti Pertubuhan Eksekutif-Eksekutif Persatuan Malaysia (MSAE), Persatuan Konvensyen dan Kongres Antarabangsa (ICCA), Persatuan Pengurusan Konvensyen Profesional (PCMA) dan Simpleview yang mengendalikan kolaborasi, pengurusan persatuan, AI generatif untuk acara perniagaan, dan latihan.

Dengan menerapkan elemen kemampanan, inisiatif MyCSR MBEW 2023 melibatkan kerjasama dengan Pusat Darah Negara untuk dorongan derma darah dan aktiviti menanam pokok bakau yang melibatkan Tourism Selangor, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), MACEOS, dan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Untuk maklumat lanjut tentang MCEB dan program terbaharunya MyTripleE, layari www.myceb.com.my.

Official Signing Ceremony of MyTripleE by YBhg. Datuk Zamri Mat Zain, Deputy Secretary General - Ministry of Tourism, Arts and Culture (MOTAC) Malaysia and witnessed by YBHG. Datuk Hajah Saraya Binti Arbi, Interim Chairman – Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) and Mr. Zain Azrai Rashid – Malaysia Convention & Exhibition (MyCEB)