awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MyDigital ID sahkan identiti digital, bukan ganti MyKad - PJBumi

Bernama
Bernama
24/06/2024
23:20 MYT
MyDigital ID sahkan identiti digital, bukan ganti MyKad - PJBumi
MyDigital ID yang dijangka dilancarkan dalam empat fasa mulai Julai 2024, dimulakan dengan anggota Kabinet, diikuti penjawat awam dan penerima bantuan kerajaan serta seterusnya orang awam.
KUALA LUMPUR: PJBumi Bhd pada Isnin menjelaskan bahawa inisiatif MyDigital ID digunakan bagi tujuan pengesahan pengenalan diri secara digital dan bukannya bagi mengantikan kad pengenalan atau MyKad.
Malah, MyDigital ID itu berperanan sebagai lanjutan bagi pengesahan identiti rakyat negara ini secara dalam talian.
"Ia berperanan sebagai pengesahan rakam masuk tunggal untuk perkhidmatan kerajaan," kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam.
Kenyataan itu adalah sebagai susulan penganugerahan kontrak My Digital ID Physical Onboarding Services atau Perkhidmatan Penyertaan Suai Tugas Fizikal MyDigital ID untuk Mimos Semiconductor (M) Sdn Bhd.
MyDigital ID yang dijangka dilancarkan dalam empat fasa mulai Julai 2024, dimulakan dengan anggota Kabinet, diikuti penjawat awam dan penerima bantuan kerajaan seperti penerima subsidi serta seterusnya orang awam.
Anak syarikat milik penuh PJBumi iaitu PJBumi Heavy Engineering Services Sdn Bhd yang menerima surat setuju terima (SST) bagi kontrak pada 21 Jun, 2024, akan menerima RM1.70 bagi setiap penyertaan fizikal yang berjaya ID My Digital yang didaftarkan dalam tempoh 24 bulan.
Perkhidmatan penyertaan suai tugas itu dijangka bermula pada 21 Jun, 2024 dan akan tamat pada 20 Jun 2026.
Harga kontrak berkaitan turut termasuk RM100,000 untuk penyediaan 500 unit peranti titik sentuh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MyDigital ID
#mykad
#pengenalan diri secara digital
#bukan pengganti MyKad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan