awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MyEG nafi kutip yuran secara haram, patuh semua peraturan ditetapkan kerajaan

Bernama
Bernama
14/09/2023
14:11 MYT
MyEG nafi kutip yuran secara haram, patuh semua peraturan ditetapkan kerajaan
MyEG berkata adalah juga menjadi polisi syarikat itu bahawa sekiranya perkhidmatan tidak berjaya disediakan, sebarang jumlah yang dikutip akan dikembalikan atas permintaan pelanggan.
KUALA LUMPUR: MyEG Services Bhd patuh sepenuhnya kepada semua terma dan syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia berhubung dengan penyediaan perkhidmatan, justeru, kutipan yuran untuk perkhidmatan pembaharuan permit pekerja asing tidak dilakukan secara haram.
Penyedia perkhidmatan e-kerajaan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, penjelasan tersebut adalah berhubung artikel berita yang disiarkan di portal dalam talian New Straits Times dan Edge Malaysia pada 12 September yang mendakwa MyEG telah mengutip yuran secara haram untuk perkhidmatan pembaharuan permit pekerja asingnya walaupun digantung oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
MyEG berkata adalah juga menjadi polisi syarikat itu bahawa sekiranya perkhidmatan tidak berjaya disediakan, sebarang jumlah yang dikutip akan dikembalikan atas permintaan pelanggan.
Sementara itu, ia berkata artikel di portal berita tersebut juga menyatakan bahawa kontrak perkhidmatan MyEG dengan Jabatan Imigresen telah digantung sejak Februari tahun ini.
"Mengenai itu, kami juga ingin menjelaskan bahawa perkhidmatan konsesi MyEG tidak digantung sejak Februari tahun ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MyEG Services Bhd
#nafi
#kutip yuran secara haram
#pembaharuan permit pekerja asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan