Portal e-dagang, MYSINBAD dibangunkan bagi memperkasa anggota koperasi serta memasarkan lebih 1,000 produk koperasi di bawah satu rangkaian hub mini logistik komprehensif yang beroperasi di seluruh negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad, Suli Koid berkata, ia bakal dimanfaatkan lebih 14,000 koperasi seluruh negara untuk memasarkan produk mereka terutama barangan keperluan harian.
“Kami mengambil langkah membangunkan portal ini sebagai menyambut seruan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk membangunkan stor digital koperasi.
“Ia turut menerima sokongan teknikal pintar dari syarikat pembangun portal dan aplikasi, One Link Card Holding Berhad serta dikawal selia oleh SKM.
“Portal ini, dari koperasi untuk koperasi, adalah percuma khusus bagi koperasi dalam memasarkan produk mereka sekali gus dapat memanfaatkan lebih 6.5 juta anggota koperasi selain pengguna lain mendapatkan barangan keperluan tanpa melalui orang tengah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Ahad.
MYSINBAD dibangunkan Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad dan dikawal selia SKM
dilancarkan sempena perasmian Countdown Hala Tuju Koperasi Selepas 100 Tahun pada Sabtu.
Pelancaran disempurnakan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof mewakili Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Tamarind Square, Cyberjaya.
Hadir sama Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Nordin Salleh dan Penasihat Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad, Datuk Seri Yahya Hussin.
Dalam pada itu kata Suli, kewujudan kemudahan itu sekali gus dapat mengurangkan kos sara hidup sejajar hasrat kerajaan terutama dalam membantu golongan B40.
Terdapat enam kategori bisnes koperasi iaitu perkhidmatan kewangan; pemborongan dan peruncitan; pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan; pertanian serta industri asas tani; perladangan dan pembangunan hartanah.
Jelasnya lagi, enam kategori bisnes koperasi adalah asas utama keperluan di negara ini.
“MYSINBAD akan menjadi platform penjualan runcit terus kepada pengguna.
“Harga yang ditawarkan berkisar pada 10 sehingga 25 peratus lebih rendah daripada harga pasaran memandangkan ia diperoleh terus daripada koperasi tanpa membabitkan orang tengah.
“Usaha ini adalah manifestasi kepada perancangan SKM yang bakal menyambut ulang tahun ke-100 pada 2022 dan ke arah digitalisasi koperasi selain keluar dari kepompong tradisional koperasi atau dari desa ke alam maya,” katanya.
Tambahnya, MYSINBAD akan menjadikan Tamarind Square di bandar pintar Cyberjaya sebagai ibu pejabat sejajar dengan pengisytiharan pusat komersil itu sebagai Bandar Koop atau Coop City oleh Dr Mahathir.
“Pemahaman tradisional terhadap koperasi adalah peminjam wang walhal banyak koperasi yang mengusahakan pelbagai bisnes dan perkhidmatan serta melalui pengwujudan MYSINBAD akan dapat mempromosikan penawaran perkhidmatan dan bisnes mereka.
“Manakala dengan jumlah lebih 14,000 koperasi di seluruh negara, kita merencanakan ia akan dapat mengurangkan kos logistik apabila kita dapat berkerjasama dengan mereka untuk mewujudkan hub mini logistik di hampir setiap ceruk negara ini,” jelasnya.
Suli berkata, selain promosi, MYSINBAD akan turut mewujudkan pelbagai pekerjaan bagi anggota koperasi antaranya pembungkusan, percetakan dan penghantaran.
Selain itu, MYSINBAD yang menggunakan dwi bahasa akan turut dapat digunakan koperasi untuk menembusi pasaran global dengan perancangan untuk mengadakan kerjasama dengan gerakan koperasi di luar negara.
Orang ramai boleh melayari portal e-dagang ini di www.mysinbad.com atau memuat turun aplikasi telefon pintar di Google Play dan AppStore.
Bagi pengguna yang mendaftar bagi membuat pembelian di portal ini, MYSINBAD kini menawarkan baucar rebat elektronik RM100 untuk digunakan bagi 10 pembelian sehingga 31 Oktober ini.
Koperasi yang berminat untuk memasarkan produk mereka di MYSINBAD boleh menghubungi wakil Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad, Mohd Aminuddin Mohd Amir di talian 0163231342 atau emel m.aminuddin@kooptk.com bagi mendapatkan penempatan produk secara percuma.
Astro Awani
Sun Sep 22 2019

Mohd Redzuan (kanan) melancarkan portal MYSINBAD milik Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad disaksikan Nordin (tiga dari kanan) dan Yahya (empat dari kanan) - Gambar Astro AWANI

Anti-minyak sawit | Malaysia mulakan tindakan undang-undang terhadap EU
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) memulakan tindakan undang-undang terhadap Kesatuan Eropah (EU) serta negara-negara anggotanya iaitu Perancis dan Lithuania. Ini berikutan kempen anti-minyak sawit yang dilancarkan blok itu.

Gempa Sulawesi | Angka korban meningkat 42 mangsa
Angka korban akibat gempa bumi di Sulawesi, Indonesia meningkat kepada 42 mangsa setakat awal pagi Sabtu. Manakala lebih 600 mangsa cedera dalam gempa berukuran 6.2 pada skala ritcher yang berlaku pada Jumaat.

COVID-19 | Keadaan Irfan Shamsuddin selepas pulih COVID-19
Jaguh lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin hilang 50 peratus kekuatan selepas pulih jangkitan COVID-19. Juara Sukan SEA 4 kali itu bimbang individu normal akan merasai kesan lebih buruk dan cara terbaik mengelak jangkitan ialah kekal di dalam rumah.

Liga Perdana | Amer Saidin ke Sarawak United
Dari pasukan Liga Super ke Liga Perdana. Bekas pertahanan Johor Darul Takzim Amer Saidin tidak anggap reputasinya sebagai pemain ternama dalam kancah Liga Malaysia terjejas walaupun akan beraksi bersama Sarawak United musim ini.

AWANI Ringkas: MetMalaysia keluar amaran cuaca waspada | Minyak sawit: Malaysia fail saman terhadap EU

COVID-19: Angka korban dunia melebihi 2 juta
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 390,000 kes.

Perpindahan Ozil ke Turki 'belum ada yang pasti' - Arteta
Ozil, yang bakal tamat kontrak penghujung musim ini, telah dikaitkan dengan penghijrahan menyertai gergasi Turki.

Saringan COVID-19 yakinkan NGO bantu mangsa banjir - Ahli Parlimen Jerantut
Saringan COVID-19 yang perlu dijalankan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum memberi bantuan kepada mangsa banjir memberi lebih keyakinan kepada petugas berkenaan dalam isu keselamatan.

AWANI Ringkas: Banjir makin reda | PKP di Sibu bermula

COVID-19: Influencer antara golongan pertama terima vaksin di Indonesia
Sementara seluruh dunia bercadang mengutamakan petugas kesihatan dan golongan warga emas untuk mendapatkan suntikan vaksin menentang COVID-19, Indonesia mengambil pendekatan yang sedikit berbeza.

MYSINBAD perkasa anggota koperasi seluruh negara
MYSINBAD dibangunkan bagi memperkasa anggota koperasi serta memasarkan lebih 1,000 produk koperasi di bawah satu rangkaian hub mini logistik komprehensif yang beroperasi di seluruh negara.