awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Myvi guru dibakar dipercayai angkara ah long

Sinar Harian
Sinar Harian
20/07/2022
23:00 MYT
Myvi guru dibakar dipercayai angkara ah long
Pasukan Forensik sedang memeriksa Perodua Myvi milik seorang guru pusat tuisyen di Taman Baiduri, Seremban, yang terbakar. - Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Kereta Perodua Myvi milik seorang guru pusat tuisyen di Taman Baiduri di sini terbakar pada bahagian bumper belakang dipercayai angkara perbuatan ah long.
Kejadian kira-kira jam 4.16 pagi itu hanya disedari Lee Mei Ching, 54, selepas terdengar bunyi hon kereta dan loceng rumahnya ditekan beberapa kali.
Menurutnya, ketika kejadian dia, suami serta anak lelaki berusia 25 tahun sedang tidur.
"Saya terjaga selepas dengar bunyi hon kereta dan loceng rumah ditekan beberapa kali.
"Apabila saya tengok di luar, kereta Perodua Myvi saya yang diparkir dalam garaj sedang terbakar pada bahagian bumper belakang sebelum berjaya dipadamkan," katanya kepada media pada Rabu.
Menurutnya, apabila diperiksa, terdapat serpihan plastik yang dibakar ditinggalkan di atas bumbung keretanya.
Ujarnya, terdapat juga nota yang tertera nama 'Ong Teck Xiang' beserta alamat rumahnya.
"Dalam nota itu turut meminta menghubungi nombor WhatsApp Simon. Saya tak kenal dia siapa dan rasanya ada orang yang menggunakan identiti dan alamat rumah saya untuk meminjam wang.
"Saya secara peribadi tidak pernah meminjam wang dengan sesiapa atau mempunyai perselisihan faham dengan sesiapa," katanya.
Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Muhammad Izzudin Runggai mengesahkan menerima laporan kejadian. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Perodua Myvi
#guru pusat tuisyen
#Taman Baiduri
#Ong Teck Xiang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan