awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Myvi rempuh lori di Kota Damansara, wanita maut

Astro Awani
Astro Awani
12/03/2015
07:50 MYT
Myvi rempuh lori di Kota Damansara, wanita maut
Keadaan Perodua Myvi yang remuk selepas merempuh sebuah lori penyelenggara di Kota Damansara awal pagi tadi. - Astro AWANI
Seorang wanita maut manakala dua pekerja penyelenggara jalan cedera parah apabila kereta yang dinaiki mangsa merempuh belakang sebuah lori penyelenggara jalan di Lebuhraya Utara Selatan KM18.6 Kota Damansara awal pagi tadi.
Kemalangan dilaporkan berlaku kira-kira jam 3.25 pagi ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari Kota Damansara ke Klang.
Dipercayai kereta Perodua Myvi yang dipandu mangsa melanggar kon-kon jalan raya dahulu sebelum merempuh lori penyelenggara tersebut.
Rempuhan kuat itu turut menyebabkan dua pekerja yang berada di hadapan lori berkenaan terpelanting ke tengah jalan.
Kedua-dua pekerja berkenaan dilaporkan cedera parah dan dikejarkan ke hospital.
Mangsa yang dikenali sebagai Ng Ai Wah, 23 tahun, parah di kepala dan mati di tempat kejadian.
Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#Kota Damansara
#lebuhraya
#maut
#PLUS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan