awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia
Cuaca panas: JPS Perak mohon operasi pembenihan awan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

N. Sembilan umum bantuan khas kewangan setengah bulan gaji kepada penjawat awam

Bernama
Bernama
27/11/2020
06:50 MYT
N. Sembilan umum bantuan khas kewangan setengah bulan gaji kepada penjawat awam
Aminuddin berkata ia bagi menghargai perkhidmatan yang diberikan oleh penjawat awam dalam memastikan jentera pentadbiran negeri terus beroperasi walau dalam situasi yang serba mencabar ini. - Gambar fail/BERNAMA
SEREMBAN:Seramai 5,379 penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 yang akan dibayar selewat-lewatnya minggu kedua Januari 2021.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun ketika mengumumkan perkara itu pada pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (2021) 2020 (Belanjawan 2021) Negeri Sembilan berkata ia bagi menghargai perkhidmatan yang diberikan oleh penjawat awam dalam memastikan jentera pentadbiran negeri terus beroperasi walau dalam situasi yang serba mencabar ini.
"Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada penjawat awam yang sentiasa mencurahkan khidmat bakti kepada kerajaan dan rakyat, BKK ini akan diberikan kepada semua penjawat awam yang berada di bawah pentadbiran negeri.
"Diharap bantuan kewangan khas ini dapat memberikan sokongan dan dukungan kepada penjawat awam di samping membantu merancakkan aktiviti ekonomi tempatan," katanya pada Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan hari ini.
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan belanjawan yang bertemakan 'Merangsang Ekonomi Memperkasa Rakyat', meliputi empat strategi dan lapan bidang tumpuan membabitkan peruntukan berjumlah RM560 juta berbanding RM457 juta pada Belanjawan 2020.
Dalam pada itu, beliau berkata kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan tanpa faedah akan diteruskan untuk kemudahan penjawat awam yang layak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri Besar
#Negeri Sembilan
#undang-undang
#kerajaan
#penjawat awam
#bantuan khas kewangan
#BKK
#setengah bulan gaji
#penjawat awam Negeri Sembilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan