awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Roberto Carlos stabil selepas jalani pembedahan jantung kecemasan
Letupan, kebakaran di bar resort ski Crans-Montana dilapor ragut banyak nyawa
Menantu, bapa mentua dihukum penjara kesalahan rompak, pecah rumah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nabila mahu cerai, Sharnaaz enggan lepaskan

Astro Awani
Astro Awani
11/09/2019
05:45 MYT
Nabila mahu cerai, Sharnaaz enggan lepaskan
Wajah Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila yang dirakamkan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Rabu. - Gambar SINAR HARIAN
Aktor terkenal, Sharnaaz Ahmad, 34, tidak bersetuju dengan permohonan tuntutan cerai yang difailkan isterinya, Noor Nabila Mohd Noor, 35, di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Ahmad Muttaqi Ismail mengarahkan Sharnaaz dan Nabila melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes tuntutan cerai yang difaikan pada 27 Ogos lalu.
Perjumpaan untuk JKP juga akan diadakan pada 30 September ini di mahkamah yang sama.
Portal berita Sinar Harian melaporkan, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan anak guamnya Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad selaku defendan tidak bersetuju terhadap permohonan yang diterimanya pada 29 Ogos lalu.
Nabila selaku plaintif dalam permohonannya menyatakan empat alasan penceraian dengan pelakon yang berasal dari Pulau Pinang itu.
Antara alasan yang disebut Nabila ialah mereka mula tinggal berasingan sejak Februari 2018 selain tiada nafkah batin lebih setahun.
Plaintif juga mendakwa defendan hanya memberi nafkah yang tidak mencukupi iaitu RM500 walaupun berkemampuan.
Selain itu, Nabila juga mendakwa tidak wujud lagi persefahaman antara mereka berdua walaupun pelbagai cara mengatasi masalah itu dilaksanakan.
Dalam prosiding itu juga, peguam syarie, Azmi Mohd Rais pula memohon defendan menjelaskan alasan tidak bersetuju terhadap permohonan anak guamnya, Nabila.
"Saya mohon supaya defendan menerangkan alasannya kerana di media sosial dia (defendan) kata akur dan bersetuju," katanya.
Bagaimanapun Hakim Syarie, Ahmad Muttaqi berkata, defendan tidak perlu menyatakan.
Ahmad Muttaqi: Sharnaaz, betul ke kamu sudah tengok tuntutan ini?
Sharnaaz: Betul
Ahmad Muttaqi: Setuju atau tidak dengan tuntutan itu?
Sharnaaz: Tidak
Sehubungan itu, Ahmad Muttaqi kemudian mengarahkan Sharnaaz dan Nabila membawa wakil pada prosiding akan datang.
Nabila yang juga kakak kepada usahawan, Neelofa memfailkan permohonan cerai pada 27 Ogos lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.
Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan Jebat Jayden merupakan anak tunggal mereka yang kini berusia setahun.
BACA: Isteri Sharnaaz Ahmad sahkan fail perceraian
BACA: Isteri fail cerai: Ini penjelasan Sharnaaz Ahmad
Topic Berkaitan
#Kuala Lumpur
#Mahkamah Rendah Syariah
#nafkah
#Noor Nabila
#permohonan cerai
#Sharnaaz Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan