awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Antonio Jose Seguro dipilih sebagai Presiden Portugal
Kebakaran rumah pangsapuri di Bangi Avenue, mercun ditemui di seluruh unit
Pintu kereta dibuka budak 2 tahun punca nahas enam kenderaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NADI pelengkap usaha Sarawak beri kemudahan internet kepada rakyat

Bernama
Bernama
10/01/2025
21:20 MYT
NADI pelengkap usaha Sarawak beri kemudahan internet kepada rakyat
Julaihi berkata, sebanyak 23 NADI baharu telah dibangunkan di Sarawak sebagai tambahan kepada 133 NADI yang beroperasi di negeri berkenaan. - Gambar Bernama
SIBU: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menjadi pelengkap usaha kerajaan negeri untuk memberi kemudahan internet kepada rakyat terutama di luar bandar, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi.
Beliau berkata, inisiatif yang diwujudkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu memperkasakan komuniti melalui program-program yang merapatkan jurang digital, pengetahuan dan sosioekonomi.
Julaihi berkata, program-program yang ditawarkan di NADI merangkumi lima bidang fokus utama iaitu keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat, kesejahteraan kendiri, kesedaran dan inisiatif kerajaan.
"Kita dapati bahawa kemudahan yang disediakan oleh NADI ialah untuk memberi latihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kepada penduduk setempat, dan sasaran utama ialah pelajar-pelajar sekolah terutama daripada golongan B40.
"Kalau di Nadi Teku, 60 peratus yang berdaftar adalah pelajar, manakala 40 peratus lagi dalam kalangan komuniti tempatan. Ini menunjukkan bahawa pelajar sudah mempunyai akses kepada kemudahan yang disediakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan NADI Teku, di sini, pada Jumaat.
Julaihi berkata, sebanyak 23 NADI baharu telah dibangunkan di Sarawak sebagai tambahan kepada 133 NADI yang beroperasi di negeri berkenaan.
NADI Teku yang beroperasi penuh pada 16 Okt tahun lepas mempunyai 858 ahli berdaftar dan telah membimbing 10 usahawan tempatan untuk aktif menjual produk serta perkhidmatan mereka secara dalam talian.
Beliau turut melawat dua NADI baharu di Sibu iaitu NADI Pelawan dan NADI Salim yang mula beroperasi sejak Oktober tahun lepas. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#golongan B40
#MCMC
#usahawan
#nadi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan