ISKANDAR PUTERI: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang mengenal pasti lokasi pembinaan pusat pemindahan sementara (PPS) kekal di kawasan sekolah yang sesuai, Dewan Undangan Negeri Johor hari ini diberitahu.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor Norlizah Noh berkata antara kriteria yang dilihat ialah kawasan strategik dan sekolah kerap digunakan sebagai PPS.
"Selain itu, lokasi PPS kekal perlulah mempunyai kawasan atau keluasan tanah yang sesuai.
"Sekolah yang dicadangkan juga telah didaftarkan sebagai PPS, selain mempunyai infrastruktur sedia ada yang lengkap seperti bekalan elektrik dan air yang mencukupi untuk penambahan dewan serba guna," kata beliau ketika sesi penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Johor ke-15 di sini hari ini.
Disember lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan bercadang membina PPS kekal di sekolah-sekolah yang sering dijadikan PPS.
Mengenai banjir yang baharu berlaku, Norlizah (BN-Johor Lama) berkata sebanyak 52 buah sekolah di negeri itu telah dinaiki air dan sebanyak 187 buah sekolah telah menjadi PPS sehingga semalam.
"Sehingga kini masih ada 19 buah sekolah di daerah Batu Pahat yang masih lagi menjadi PPS," kata beliau.
Norlizah berkata meskipun banyak peralatan sekolah rosak akibat banjir, jumlah kerusi murid setakat ini masih boleh menampung keperluan mereka dengan penyelarasan Pejabat Pendidikan Daerah Johor, namun kerusi dan meja guru yang rosak kini dalam tindakan Sektor Infrastruktur dan Perolehan di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
"Bahagian Perolehan KPM telah menurunkan waran perolehan aset sekolah dengan menggunakan peruntukan sedia ada bagi membuat perolehan penggantian aset khusus sekolah-sekolah terkesan banjir," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 22 2023

Antara kriteria yang dilihat ialah kawasan strategik dan sekolah kerap digunakan sebagai PPS. - Gambar fail

Terbuka Perancis: Gauff tekad balas dendam bertemu Swiatek
Coco Gauff sedang berusaha untuk membalas dendam terhadap Iga Swiatek apabila mereka bertembung di suku akhir Terbuka Perancis.

Ruang sempit, jemaah terpaksa solat atas jalan
Bilangan penduduk semakin meningkat dengan jumlah rumah kediaman yang bertambah menyebabkan ruang sedia ada tidak mencukupi.

Legasi 20 tahun usahakan kebun jambu batu Louhan
Awalnya bermula dengan 100 anak pokok jambu batu yang dibawa balik dari Taiwan dan ditanam di Batu Pahat secara percubaan pada 2000.

Pemilik Newcastle ambil pegangan majoriti dalam empat kelab Saudi termasuk Al-Nassr
Kelab Al-Ittihad, Al-Ahli, Al-Nassr, Al-Hilal bertukar menjadi syarikat yang dimiliki PIF dan yayasan tidak berasaskan keuntungan.

Lambakan durian, peniaga mengeluh harga runtuh
Pengeluaran banyak tetapi permintaan kurang sekali gus menyebabkan ada peniaga bertindak 'buang harga'.

Isu kejatuhan ringgit antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu dakwaan Pulau Pinang milik Kedah, serta kesan kejatuhan ringgit dijangka jadi tumpuan pada persidangan sidang Dewan Rakyat hari ini.

10 'warlord' UMNO sertai PN diumum sebelum PRN
Kata Razali, mereka yang terlibat adalah nama besar yang telah disisihkan UMNO.

Nahas kereta api: India mulakan siasatan rasmi
Siasatan awal menunjukkan kegagalan isyarat berkemungkinan menjadi punca pelanggaran yang mengorbankan 275 orang.

Pakistan halang liputan media terhadap Imran Khan
Pengawal selia media Pakistan mengeluarkan arahan untuk mengelakkan tercetusnya rusuhan.

Teo Nie Ching bakal hadiri ATxSG di Singapura
Teo kini berada di Singapura dalam rangka lawatan tiga hari bermula Isnin, diiringi pegawai-pegawai dari SKMM dan JPDP.

Mangsa banjir di Bukit Raja dibenarkan pulang
Kesemua 70 orang daripada 16 keluarga yang dipindahkan akibat banjir di Bukit Raja, Klang dekat sini dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Banjir Bukit Raja makin surut, jumlah mangsa terus menurun
Keadaan banjir di Bukit Raja, Klang, semakin pulih dan jumlah mangsa yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di situ terus menunjukkan penurunan.

Projek tebatan banjir LLM ditangguhkan seketika - MB
Kerajaan negeri masih mengenal pasti lokasi kolam takungan bagi menampung limpahan air apabila berlaku hujan lebat terutama di Bukit Raja.

Tujuh pekerja sekolah memandu cemas terperangkap banjir
Kerja-kerja menyelamat dan memindahkan mangsa giat dijalankan menggunakan bot fiber ke tempat selamat.

Banjir kilat di Selangor terkawal - Bomba
Keadaan banjir kilat yang melanda di beberapa kawasan sekitar Selangor pada awal pagi Ahad tidak menyebabkan kenaikan trend air sungai yang mendadak.

Banjir kilat: 9 laluan bas tidak dapat dilalui - Rapid KL
Sembilan laluan perhentian bas tidak dapat dilalui susulan kejadian banjir kilat berlaku kawasan Setia City Mall pada pagi Ahad.

Wanita cemas kereta terperangkap banjir
Wanita cemas kereta terperangkap banjir

Insurans Rahmah: KPDN bina pangkalan data mangsa banjir lebih sistematik
Ia akan meyakinkan syarikat insurans terkemuka negara untuk tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di seluruh negara.

Arab Saudi keluar amaran hujan lebat berterusan, banjir landa Kota Makkah
Arab Saudi beri amaran hujan lebat berterusan selain ribut petir disertai ketulan air batu dan banjir kilat di kebanyakan wilayah di negara itu, mulai hari ini.

Kawasan dilanda banjir di Itali masih dalam bahaya
Banyak bandar dan pekan kecil ditenggelami lumpur yang memaksa penduduk meninggalkan rumah.