GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan mengenai insiden kekecohan yang berlaku semasa upacara pengebumian Pegawai Pemerintah Skuadron 503 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Allahyarham Komander Muhammad Firdaus Ramli di Masjid Jamek Sungai Nibong di sini, pada malam Rabu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta berusia 46 tahun terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid berkenaan.
Menurutnya, kenderaan terbabit kemudian dikerumuni orang ramai dan pemandu kereta tertekan hon akibat berasa panik dengan keadaan itu.
"Berikutan itu berlaku kekecohan dan kenderaan pengadu mengalami sedikit kerosakan.
"Bagaimanapun kekecohan itu berjaya dileraikan oleh pasukan polis dan anggota TLDM yang berada di lokasi kejadian," katanya menerusi satu kenyataan di sini, pada Khamis.
Terdahulu tular di media sosial dua video insiden kekecohan yang berlaku semasa berlangsung istiadat kawalan jenazah Allahyarham Komander Muhammad Firdaus Ramli di Masjid Jamek Sungai Nibong.
Video berdurasi 11 dan lapan saat itu memaparkan kekecohan yang berlaku termasuk kerosakan pada cermin di bahagian pemandu yang pecah disebabkan insiden berkenaan.
Mengulas lanjut, Razlam berkata, pemandu kereta terbabit mengakui tidak mengetahui tentang upacara tersebut serta secara tidak sengaja tertekan hon kereta.
Sehubungan itu, Razlam memberi nasihat kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengugat ketenteraman awam serta menjejaskan siasatan polis.
Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Apr 25 2024
Tular di media sosial dua video insiden kekecohan yang berlaku semasa berlangsung istiadat kawalan jenazah Allahyarham Komander Muhammad Firdaus Ramli di Masjid Jamek Sungai Nibong.
Bekas Pegawai tinggi Pertubuhan Peladang didakwa rasuah
Seorang pegawai hal ehwal ekonomi Lembaga Pertubuhan Peladang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh kerana didawka menerima suiapan dan membuat tuntutan palsu RM64,550 sejak empat tahun lalu.
'Geng Bala' perdagang manusia untuk seks tumpas
Sindiket pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seks tumpas dengan penahanan lapan individu termasuk ketua sindiket dalam enam serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru dan Kulai.
Pengguna ChatGPT percuma boleh guna GPTs, GPT Store
Pengguna percuma juga boleh memuat naik dokumen dan meminta ChatGPT untuk merumuskannya.
Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar
Anwar berkata sikap prejudis kuasa besar dunia jelas kelihatan, kerana cenderung menyokong sesuatu yang dilihat selari dengan agenda mereka.
Ahli perniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah guna dokumen palsu
Seorang ahli peniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menggunakan dokumen yang dipalsukan pada Jun tahun lepas.
AWANI Ringkas: Pergaduhan Piala Belia, FAM ambil tindakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Belum bincang pengganti Speaker Dewan Negara - Fadillah
Fadillah berkata, pelantikan ke jawatan itu terletak di bawah budi bicara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia tarik pelabur pada Forum Ekonomi Qatar
Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 yang bermula hari ini, menampilkan ramai pemimpin global, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Geng Bala tumpas, 13 wanita warga asing diselamatkan
Polis menumpaskan sindiket pelacuran, Geng Bala selepas menyelamatkan 13 wanita warga negara asing menerusi lima serbuan berasingan sekitar daerah ini dan Kulai pada 21 April hingga 1 Mei lalu.
Liga Super: KDNFC turunkan harga tiket perlawanan pertama
Kelantan Darul Naim FC (KNDFC) menurunkan harga tiket bagi perlawanan pertama pada Liga Super 2024/25 menentang Sabah di Stadium Sultan Muhammad IV.
Klip pergaduhan pemain aksi Piala Belia 2024 tular
Isu keganasan sekali lagi mencemarkan imej bola sepak tempatan selepas tular klip video pergaduhan pemain yang dipercayai berlaku ketika perlawanan Kumpulan A saingan Piala Belia 2024.
Wanita 'posing cantik' di jalan rosak
Ummu Hani turut menjelaskan bahawa jalan yang rosak itu merupakan jalan penghubung yang sangat penting buat penduduk di kawasan berkenaan.
Bibik 'sakit jantung' tengok bil elektrik melambung
Video berdurasi 20 saat yang dimuat naik di laman sosial, TikTok milik @Alyaninazirah, telah tular dan menjadi bualan ramai.
Tular kes seludup di Forest City, kastam sahkan video lama
Jabatan Kastam menafikan berlaku aktiviti penyeludupan minuman keras di kedai bebas cukai di Forest City seperti video tular di media sosial.
Kuda terperangkap atas bumbung akibat banjir
Keberadaan kuda yang terperangkap sekurang-kurangnya 24 jam itu menjadi tular apabila imejnya yang berada di atas bumbung itu disebarkan.
Pusat hiburan dibaling bom petrol
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan empat individu menaiki motosikal di hadapan pusat hiburan terbabit.
Lapan rakan bom ikan di Hutan Simpan Banding didenda RM7,000
Lapan rakan masing-masing didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memasuki Hutan Simpan Banding tanpa permit pada Mac lepas.
14 termasuk remaja bawah umur didakwa merusuh dengan parang, anggotai 'Geng 24'
Sekumpulan 14 lelaki termasuk tiga remaja bawah umur didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas kesalahan merusuh dengan senjata.
Polis kesan individu buang air mengandungi puntung rokok depan rumah jiran
Kejadian yang dirakam menerusi CCTV itu dimuat naik menerusi media sosial serta menerima kecaman dari orang ramai.
Remaja 13 tahun mengaku bakar anak kucing hidup-hidup
Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret pada Jumaat atas satu pertuduhan membakar anak kucing di sebuah pangsapuri, minggu lalu.