awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas Elmina: Han Solo jadi idola, dorong Heikal Aras jadi juruterbang

Bernama
Bernama
20/08/2023
09:36 MYT
Nahas Elmina: Han Solo jadi idola, dorong Heikal Aras jadi juruterbang
Abang sulung kepada Juruterbang Beechcraf Heikal Aras Abdul Azim, Husnein Aras ketika mengimamkan solat jenazah di rumah ibu bapanya di Desa Pinggiran sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 Putrajaya hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Menjadikan watak Han Solo yang merupakan juruterbang Millennium Falcon dalam filem bersiri Star Wars sebagai idola, menjadi pendorong kepada Heikal Aras Abdul Azim, 45, untuk mencapai cita-citanya menjadi seorang juruterbang.
"Dia menggelarkan diri Han Solo, setiap kali tengok cerita Star Wars sehinggakan ketika itu sanggup bergaduh dalam kalangan kami adik beradik berebut watak itu, semata-mata kerana terlalu meminatinya," imbau abangnya Husnein Aras mengenai Heikal Aras, yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor pada Khamis lepas.
"Minatnya itu juga mendorong dia untuk menjadi seorang juruterbang," katanya ketika ditemui selepas pengebumian Allahyarham Heikal Aras yang merupakan juruterbang pesawat malang itu di sini hari ini.
Husnein Aras berkata anak sulung arwah, Daniel Zulqarnain, 13, juga telah menunjukkan kecenderungan minat untuk menjadi seorang juruterbang, seperti ayahnya.
"Kami sekeluarga dapat lihat apabila dia sering mereka bentuk replika kapal terbang daripada kadbod," katanya yang merupakan seorang pegawai logistik Markas Angkatan Tentera, Sungai Besi.
Selain Daniel Zulqarnien, mangsa juga mempunyai dua lagi anak iaitu Suri Balqish, 10, dan Rafael Dzulqairy, 9, hasil perkongsian dengan bekas isterinya, Christine Yong.
Husnein Aras berkata Allahyarham merupakan seorang yang sentiasa ceria dan baik hati.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesawat terhempas
#nahas Elmina
#Heikal Aras Abdul Azim
#Han Solo
#Juruterbang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan