awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas Elmina: YDP Agong sampaikan sumbangan peribadi kepada waris mangsa

Astro Awani
Astro Awani
20/08/2023
05:46 MYT
Nahas Elmina: YDP Agong sampaikan sumbangan peribadi kepada waris mangsa
Sumbangan peribadi baginda itu disampaikan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Mejar Jeneral Datuk Zahari Mohd Ariffin. - Gambar Ihsan Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyampaikan sumbangan peribadi baginda kepada waris-waris mangsa nahas insiden pesawat terhempas di kawasan Persiaran Elmina, Shah Alam, Khamis lalu.
Sumbangan peribadi baginda itu disampaikan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Mejar Jeneral Datuk Zahari Mohd Ariffin.
Sumbangan itu disampaikan ketika kunjungan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan Masjid Jamek Ar-Rahimiah Klang pada Ahad.
Selain menyampaikan sumbangan, Zahari turut menyampaikan ucapan takziah Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong kepada semua waris dan ahli keluarga atas pemergian mengejut insan tersayang mereka ke Rahmatullah.
Seri Paduka Baginda berdua turut berdukacita dan menzahirkan harapan agar semua keluarga tabah dan sabar menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu.
Seri Paduka Baginda berdua juga mendoakan agar roh-roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.
Kesemua mayat mangsa nahas Elmina itu diserahkan kepada ahli keluarga masing-masing di HTAR pada pagi Ahad untuk urusan pengebumian.
Jenazah mangsa pertama diusung keluar dari bilik mayat menaiki van pada pukul 9.27 pagi dan yang terakhir pada 11.35 pagi.
Kesemua sembilan mangsa kemudiannya dibawa ke Masjid Jamek Ar-Rahimiah dekat sini untuk proses pengurusan jenazah sebelum dikebumikan di kampung halaman masing-masing.
Pada 17 Ogos lalu, pesawat persendirian ringan jenis Beechcraft 390 (Premier 1) terhempas di Persiaran Elmina, Shah Alam dan mengorbankan 10 nyawa.
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#Raja Permaisuri Agong
#Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara
#sumbangan peribadi
#waris mangsa
#Nahas
#Elmina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan