awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: RESET langkah penting pemodenan sistem kesihatan negara
Penipuan kuota pekerja asing, lapan warga Bangladesh, seorang wanita Indonesia ditahan
Dua jeti di Port Dickson berwajah baharu, beri nilai tambah pelancongan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas FRU: Kerajaan Perak sumbang RM5,000 kepada waris anggota terkorban

Bernama
Bernama
04/06/2025
14:34 MYT
Nahas FRU: Kerajaan Perak sumbang RM5,000 kepada waris anggota terkorban
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pemberian itu seperti yang diputuskan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak. - Gambar fail
IPOH: Kerajaan negeri menyumbang RM5,000 kepada waris sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam kemalangan di Teluk Intan pada 13 Mei lepas.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pemberian itu seperti yang diputuskan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak.
"Sebelum ini jumlah yang sama kita berikan kepada waris mangsa insiden helikopter terhempas di Pangkalan TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia) Lumut dan peruntukan sama juga kita luluskan untuk tragedi ini.
"Sumbangan RM5,000 kepada setiap keluarga mangsa telah diuruskan oleh Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) dan telah diserahkan kepada waris mangsa terlibat," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Peluncuran Pelan Tindakan Ekonomi Digital Negeri Perak 2030 dan Blueprint Bandar Pintar Negeri Perak 2040 di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sandrea Ng Shy Ching dan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri Mohd Azlan Helmi.
Dalam kejadian 8.50 pagi 13 Mei lepas, sebuah trak FRU dinaiki 18 anggota pasukan dari Unit 5 yang berpangkalan di Sungai Senam di sini, terbabit dalam kemalangan dengan lori membawa muatan batu semasa dalam perjalanan pulang selepas tamat tugas sempena perayaan Chitrapournami di Teluk Intan.
Kemalangan itu mengakibatkan sembilan anggota FRU maut, manakala sembilan lagi anggota mengalami pelbagai kecederaan.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#nahas FRU
#bantuan
#kerajaan negeri
#Perak
#waris mangsa
#Saarani Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan