NATIONAL
Nahas FRU: Lapan masih dirawat, seorang dibenar keluar hospital - Exco Perak

Lapan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) masih dirawat di hospital selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori batu di Teluk Intan, manakala seorang telah dibenarkan pulang. -Gambar fail/Bernama
IPOH: Lapan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat kemalangan membabitkan kenderaan pasukan semalam, masih dirawat di dua hospital di Perak, manakala seorang telah dibenarkan pulang ke rumah.
Ringkasan AI
- Lapan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) masih dirawat di hospital selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori batu di Teluk Intan, manakala seorang telah dibenarkan pulang.
- Lima daripada mangsa kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU), termasuk seorang di Hospital Raja Permaisuri Bainun dan empat lagi di Hospital Teluk Intan.
- Seorang anggota, Sarjan S. Perumal, meninggal dunia dalam kejadian itu dan akan disemadikan di Krematorium Buntong, Ipoh.
"Kita mendoakan agar semua mangsa dapat sembuh seperti sediakala," katanya.
Sivanesan berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui selepas memberi penghormatan terakhir kepada Sarjan S. Perumal, 44, yang meninggal dunia akibat kemalangan itu, di rumah mendiang di Bandar Baru Lahat Mines di sini hari ini.
Mendiang dijangka disemadikan di Krematorium Buntong di sini, petang ini.
Perumal adalah seorang daripada sembilan anggota FRU dari Unit 5 di Sungai Senam di sini, yang maut selepas lori pasukan dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampan, Teluk Intan pada 8.50 pagi semasa mereka dalam perjalanan pulang ke pangkalan selepas tamat tugas.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami