awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pertahanan Awam Syria pertingkat respons banjir di Idleb, Lattakia susulan hujan lebat
Trump sahkan Xi Jinping akan lawat AS menjelang akhir tahun
Antonio Jose Seguro dipilih sebagai Presiden Portugal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas FRU: Pemandu lori didakwa pagi ini

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
15/05/2025
23:30 MYT
Nahas FRU: Pemandu lori didakwa pagi ini
Suspek kes kemalangan jalan raya yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) akan didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan, jam 9 pagi ini di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Gambar Bernama
TELUK INTAN: Pemandu lori muatan batu yang terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus - Sungai Lampan, Teluk Intan pada pagi Selasa, akan didakwa pagi ini.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, lelaki berusia 45 tahun itu dijadualkan didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan, jam 9 pagi.
Menurutnya, suspek akan didakwa di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 adalah mengenai pemanduan secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda maksimum tidak lebih RM50,000, serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang lima tahun, jika sabit kesalahan.
Dalam kejadian pada 8.50 pagi Selasa, lori yang dipandu lelaki itu bertembung trak yang membawa 18 anggota FRU yang sedang dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai menjalankan tugasan sempena perayaan Chitrapournami di Teluk Intan.
Akibat kemalangan itu sembilan anggota FRU yang menaiki trak berkenaan maut, manakala sembilan lagi mengalami pelbagai kecederaan dan sedang menerima rawatan di Hospital Teluk Intan dan Hospital Raja Permaisuri (HRPB) Ipoh.
Topic Berkaitan
#anggota FRU maut
#kemalangan
#nahas trak FRU
#pemandu lori didakwa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan