Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menafikan dakwaan yang mengatakan pihaknya lewat mengeluarkan Amaran Mencari dan Menyelamat helikopter AS350.
Ketua Pengarah DCA, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata pihaknya perlu melalui beberapa prosedur sebelum mengeluarkan apa-apa amaran.
Helikopter yang membawa Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon bersama lima lagi terputus hubungan dengan menara kawalan udara (ATC) pada 4.28 petang Khamis.
Menurut Azharuddin, amaran mencari dan menyelamat dikeluarkan pihaknya pada pukul 7.26 petang, selepas beberapa percubaan untuk menghubungi helikopter berkenaan gagal.
"Pada 4.15 petang, mereka (juruterbang helikopter) ada menghubungi menara kawalan. Sebelum mereka tiba di Simunjan, menara kawalan cuba untuk hubungi semula pada 4.28 petang tapi tiada maklum balas.
"Kemudian kami telah membuat beberapa percubaan untuk menghubungi helikopter berkenaan pada 4.29 dan 4.36 petang, masih tiada maklum balas," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat DCA Wilayah Kuching di sini hari ini.
Menurut beliau, empat buah helikopter yang terbang berdekatan dengan AS350 turut cuba menghubungi pesawat berkenaan, namun tiada maklum balas.
LAPOR LANGSUNG: Mayat wanita ditemui di tebing sungai
Pada masa sama, DCA turut menghubungi Hornbill Skyways, pengendali yang menyewa helikopter tersebut.
"Pada 4.50 petang, kami telah mengeluarkan fasa amaran, tapi maklum balas masih lagi negatif. Kemudian kami keluarkan Amaran Mencari dan Menyelamat pada 7.26 petang.
"Tiada kelewatan kerana dalam masa tersebut kami menghubungi beberapa pihak termasuk Hornbill Skyways. Kami melakukan tanggungjawab kami untuk menghubungi pelbagai pihak bertanggungjawab," katanya.
Azharuddin pada masa sama menggesa orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi terutama berkaitan punca kemalangan tersebut.
Pihaknya akan mengeluarkan laporan selepas selesai menyiasat punca kemalangan tersebut.
Selain itu, pihaknya juga telah memaklumkan kepada ahli keluarga semua mangsa yang berada di dalam helikopter tersebut.
Harits Asyraf Hasnan
Fri May 06 2016
Menurut Azharuddin (kiri), empat buah helikopter yang terbang berdekatan dengan AS350 turut cuba menghubungi pesawat berkenaan, namun tiada maklum balas. - Foto JBPM
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.