IPOH: Hasil bedah siasat ke atas mayat juruterbang yang terlibat dalam nahas helikopter di Bidor pada Ahad mendapati punca kematiannya adalah akibat daripada kecederaan di kepala.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, proses bedah siasat ke atas mayat lelaki yang berusia 58 tahun itu dijalankan di Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, pada 9 pagi Selasa.
“Hasil proses bedah siasat ke atas mangsa mendapati punca kematian adalah akibat daripada kecederaan pada bahagian kepala susulan kemalangan penerbangan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Mohd Yusri memaklumkan, ketika ini, isteri mangsa masih berada di luar negara dan dijangka tiba ke Malaysia dalam masa terdekat.
Dalam masa, beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sedang melaksanakan kawalan di kawasan nahas bagi memberi ruang siasatan dijalankan.
“Pihak polis juga telah mengaturkan kawalan rapi di tempat kejadian nahas sehingga siasatan selesai dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara dan Bahagian Forensik PDRM yang bermula hari ini.
“Helikopter berkenaan kemudiannya akan diserahkan kepada pemilik untuk tindakan seterusnya,” tambah Mohd Yusri lagi.
Pada Isnin, Ketua Polis Perak itu memberitahu juruterbang yang dilaporkan hilang selepas helikopter jenis Eurocopter EC120B kendaliannya terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) pada Ahad disahkan maut.
Mayat Tsz Kin Richard Chan, 58, warganegara Hong Kong dibawa keluar oleh pasukan penyelamat dari kawasan Hutan Simpan Chikus sekitar pukul 10.12 pagi.
Amirrul Rabbani
Tue Sep 13 2022
Hasil bedah siasat ke atas mayat juruterbang yang terlibat dalam nahas helikopter di Bidor pada Ahad mendapati punca kematiannya adalah akibat daripada kecederaan di kepala.
Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
Sekurang-kurangnya 4 maut dalam nahas helikopter di Rusia
Helikopter Mi-2 terhempas berhampiran kampung Beleyenki, kira-kira 700 kilometer di timur laut Moscow.
Tiga maut, lima hilang dalam kemalangan helikopter di Nigeria
Lapan orang berada di dalam pesawat ketika ia terhempas, termasuk tiga yang disahkan meninggal dunia.
Kemalangan Ebrahim Raisi disebabkan cuaca - Laporan
Siasatan nahas itu telah selesai dan dirumuskan bahawa apa yang berlaku merupakan satu kemalangan.
2 maut dalam nahas helikopter di barat daya Jepun
Dua orang disahkan maut pada Ahad dalam nahas helikopter di Wilayah Fukuoka, barat daya Jepun.
Tempoh pengundian bagi pilihan raya presiden Iran tamat
Pilihan raya presiden ke-14 Iran telah berakhir secara rasmi selepas proses pengundian berlangsung selama 18 jam.
Jasad Naib Presiden Malawi tiba di Lilongwe
Mangsa yang terkorban kemudian dibawa dengan sebuah ambulans untuk dibawa pulang ke ibu negara bagi penghormatan terakhir.
Bekas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad sertai Pilihan Raya Presiden
Bekas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad telah mendaftarkan pencalonannya untuk Pilihan Raya Presiden kilat selepas kematian Presiden Ebrahim Raisi dalam nahas helikopter.
Nahas helikopter TLDM akibat haluan salah
Faktor utama nahas helikopter TLDM 23 April lalu adalah akibat helikopter Fennec tidak berada pada ketinggian dan haluan ditetapkan.
Tentera Iran keluarkan laporan nahas helikopter Raisi dan delegasinya
Laporan tersebut dikeluarkan pada Khamis, memberikan lebih banyak maklumat mengenai insiden yang berlaku pada Ahad (19 Mei).
Tehran adakan pengebumian besar-besaran untuk Presiden Raisi dan mangsa nahas helikopter
Rakyat Iran dari seluruh pelosok negara berhimpun di Tehran bagi menyertai upacara perarakan jenazah presiden dan mangsa-mangsa nahas.