Skip to main content

Dunia

Bas dikendali pemandu pelatih terjunam ke dalam Sungai Seine, 4 nyaris maut

French emergency services and firefighters work as a bus with passengers fell into the River Seine in Juvisy-sur-Orge, near Paris, France, April 30, 2026. REUTERS/Abdul Saboor
Bas berkenaan dipercayai gagal membelok dengan betul sejurus keluar dari stesen bas Juvisy sebelum merempuh sebuah kereta kosong yang diletakkan di Quai Jean‑Pierre Timbaud, menyebabkan kedua‑dua kenderaan itu terjatuh ke dalam sungai. -Foto Reuters

JUVISY‑SUR‑ORGE: Empat individu terselamat selepas sebuah bas dilaporkan merempuh sebuah kereta sebelum menjunam ke dalam Sungai Seine, di sini, Khamis.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi waktu tempatan (3.30 petang waktu Malaysia) apabila bas milik syarikat pengangkutan Île‑de‑France itu dipandu oleh seorang pemandu pelatih.

Advertisement

Menurut sumber polis, bas berkenaan dipercayai gagal membelok dengan betul sejurus keluar dari stesen bas Juvisy sebelum merempuh sebuah kereta kosong yang diletakkan di Quai Jean‑Pierre Timbaud, menyebabkan kedua‑dua kenderaan itu terjatuh ke dalam sungai.

Jurucakap bomba memaklumkan, empat individu berada di dalam bas itu ketika kejadian, termasuk pemandu pelatih, seorang tenaga pengajar serta dua penumpang.

Kesemua mereka berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelam dan dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius.

Datuk Bandar Juvisy, Lamia Bensarsa Reda, menyifatkan kejadian itu sebagai sesuatu yang mengejutkan dan menyifatkannya sebagai hari paling buruk dalam hidupnya.

Susulan kejadian berkenaan, lebih 30 anggota bomba dan 60 anggota polis, termasuk penggunaan dron serta helikopter, dikerahkan ke lokasi bagi mengawal keadaan dan menjalankan siasatan.

Pihak berkuasa tempatan kini menyiasat punca sebenar kemalangan yang diklasifikasikan sebagai kecederaan tidak sengaja oleh pemandu.

Bas dan kereta terlibat dilaporkan masih berada di dalam sungai sementara operasi untuk menaikkannya semula sedang dirancang.

 

Must Watch Video