MANJUNG: Adik sepupu Lt T. Sivasutan, 31, seorang daripada mangsa yang terkorban dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pada Selasa berkata tubuhnya tidak berhenti menggigil apabila menerima perkhabaran duka itu.
M. Sivanesan, 23, sedang bekerja di Manjung sebelum mendapat tahu mengenai insiden itu pada kira-kira 10.30 pagi menerusi maklumat dan gambar selain video yang tular di laman sosial.
Bimbang jika abang kandungnya, yang juga anggota TLDM dan juruterbang bagi pasukan keselamatan itu, turut terlibat dalam nahas tersebut, dia terus menghubungi ibunya bagi mendapatkan kepastian.
Walaupun dimaklumkan bahawa abangnya tidak terlibat, Sivanesan berkata hatinya luluh apabila mengetahui Sivasutan pula disahkan sebagai seorang daripada mangsa yang maut dalam nahas itu dan dia terus bergegas ke rumah ibu saudaranya.
"Apabila mendengar berita itu daripada emak saya, badan saya terus menggigil. Memang sedih sebab dia selalu datang ke rumah saya dan banyak bercerita dengan saya," katanya kepada pemberita di rumah ibu bapa mendiang Sivasutan di Sitiawan dekat sini malam tadi.
Sivanesan berkata dia juga terkenangkan sikap Sivasutan, anak kedua daripada tiga beradik, yang sering memberi peringatan kepadanya supaya jangan cepat mengalah dalam mengejar cita-cita.
"Dulu saya suka dengan unit beruniform tetapi lama-kelamaan, saya lebih gemarkan bidang pelancongan.
"Mendiang selalu cakap kalau suka sesuatu itu, pastikan bekerja keras sehingga dapat dan akhirnya saya berjaya juga dapatkan diploma dalam bidang pengurusan pelancongan," katanya.
Dia juga berkata ibu bapa mendiang Sivasutan, R. Paramesvary, 60, dan M. Thanjappan, 61, masih menangis kerana tidak dapat menerima kehilangan satu-satunya anak lelaki mereka, yang baru melangsungkan perkahwinan pada Januari lepas.
Sivanesan berkata isteri abang sepupunya itu, yang dikenali sebagai Tharshini, 31, adalah seorang doktor gigi manakala adik perempuan dan kakak mendiang kini berada di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh bagi proses bedah siasat.
Dia turut memaklumkan jasad Sivasutan akan dibawa pulang ke rumahnya di sini untuk penghormatan terakhir sebelum dibawa ke tanah perkuburan di Sitiawan untuk dibakar.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2024
Jasad Sivasutan akan dibawa pulang ke Manjung untuk penghormatan terakhir sebelum dibawa ke tanah perkuburan di Sitiawan untuk dibakar. - Foto TLDM
RM2 juta rancakkan program JEJAK tahun ini, persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026
Sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi bantuan insentif program JEJAK sebagai sokongan awal menggerakkan koperasi yang terlibat dalam sektor pelancongan.
Istiadat Pertabalan YDP Agong pada 20 Julai, sambutan Hari Keputeraan pada September
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan dilangsungkan pada 20 Julai akan datang.
Brazil komited bekerjasama dengan Jakim dalam pembangunan halal
Badan pensijilan halal Brazil, Fambras Halal optimis Malaysia akan sentiasa menjadi peneraju dalam industri halal di peringkat global.
Wai Ching mahu 'tawan' Merdeka 118, pecah Rekod Dunia Guinness
Wai Ching bercadang untuk melawat menara Merdeka 118 pada Julai bagi mengenal pasti jumlah langkahan yang perlu dilakukan untuk lengkapkan larian.
WHO luluskan vaksin denggi baharu TAK-003
TAK-003 merupakan vaksin lemah hidup yang mengandungi versi lemah dari keempat-empat serotip virus yang menyebabkan denggi.
AWANI Ringkas: 46 negara guna 'autogate' | Kadar alkohol tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.
Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat esok
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan golongan belia diberikan penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid semua daerah di Perak esok.
Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian sehingga RM106,030
Polis menahan enam individu yang dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada beberapa sindiket penipuan.
Bekas penolong jurulatih boling dipenjara enam tahun lakukan amang seksual
Seorang bekas penolong jurulatih boling dijatuhi hukuman penjara enam tahun selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang atlet Sukma.
Nahas helikopter Lumut: Raja Permaisuri Agong santuni keluarga Mohammad Amirulfaris
Raja Permaisuri Agong berkenan menyantuni keluarga Allahyarham Mohammad Amirulfaris yang terkorban dalam tragedi dua helikopter terhempas di Lumut.
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
Nahas helikopter Lumut: Presiden Turkiye ucap takziah kepada keluarga anggota, Malaysia - Anwar
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga 10 wira negara yang terkorban dalam nahas helikopter TLDM di Lumut, Perak.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Nahas helikopter Lumut: Komen jelik, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.