SUNGAI NIBONG: Jenazah Pegawai Memerintah Skuadron 503, Komander Muhammad Firdaus Ramli, 44 tahun, yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, selamat dikebumikan di kampung halamannya di Sungai Nibong, Pulau Pinang malam ini.
Jenazah Allahyarham Muhammad Firdaus dikebumikan dengan penuh istiadat pengebumian ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Nibong Besar kira-kira jam 8.50 malam.
Lebih 1,000 orang termasuk pegawai dan anggota pasukan tentera turut berada di masjid bagi bersama-sama menunaikan solat jenazah yang diimamkan imam Harun Mahyudin selepas solat Maghrib.
Keranda jenazah Allahyarham yang dibalut Jalur Gemilang kemudian diiring ke tanah perkuburan oleh pegawai penghormatan tentera, pegawai tertinggi tentera, ahli keluarga serta orang ramai selepas solat jenazah selesai.
Sementara itu, suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan yang dihadiri isteri arwah Soffiyah Sadon, 42, bersama anak tunggal mereka, Muhammad Anas, 4 tahun, ahli keluarga, rakan setugas arwah serta jemaah setempat yang hadir memberi penghormatan terakhir.
Laskar Kanan PAP, Khairul Anuar Ismail kemudian menyampaikan bendera Jalur Gemilang kepada isteri Allahyarham pada penghujung istiadat pengebumian itu.
Turut hadir memberi penghormatan terakhir Panglima TLDM Tan Sri Abdul Rahman Ayub, Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Azhan Md Othman serta Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Fahmi Zainol dan Lim Siew Kim.
Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba dari Kem Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh kira- kira jam 7.40 malam.
Allahyarham Muhammad Firdaus bertugas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Teluk Sepanggar, Sabah antara 10 kru yang terkorban dalam nahas dua helikopter TLDM bertembung kira-kira jam 9.45 pagi Selasa.
Kedua-dua helikopter yang bertembung di udara dan terhempas di itu dilaporkan sedang menjalani latihan raptai bersempena lintas hormat sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini.
Dua helikopter yang terdiri model HOM-AW139 dan Fennec itu berlepas dari Padang Sitiawan pada jam 9.03 pagi.
Pesawat HOM-AW139 dilaporkan terhempas di dalam kawasan Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec terhempas dekat kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.
Astro Awani
Wed Apr 24 2024
Jenazah Allahyarham Muhammad Firdaus dikebumi dengan penuh istiadat pengebumian ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Nibong Besar. - Astro AWANI
Singapura alami gelombang baharu COVID-19 - Kementerian Kesihatan
Kementerian itu berkata jumlah kes COVID-19 pada 5 hingga 11 Mei meningkat kepada 25,900 kes, berbanding 13,700 kes pada minggu sebelumnya.
Jemaah Islamiyah selepas 20 tahun
Munira Mustaffa, Ketua Pegawai Eksekutif Chasseur Group/ Felo Pelawat, International Centre for Counter-Terrorism (ICCT), The Hague
THSS: Bertemakan ‘Revolu-sihat’, ini senarai lagu tugasan peserta minggu ke-2
Menerusi segmen akhir, L U S M atau Level Up Satu Minggu telah mengumumkan kesemua peserta mempunyai lagu untuk dibawa ke minggu seterusnya. Senarai lagu minggu ke-2
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Saya tiada lagi kawan bergaduh' - Abang
Kehilangan adik yang terkorban dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, tidak menggugat semangat Lans Koperal Ahmad Azza Fitri Azhar untuk terus berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Bayi lelaki berusia seminggu ditemukan di kedai jual ayam
Seorang bayi lelaki berusia kira-kira seminggu ditemukan di sebuah kedai menjual ayam proses di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, dekat sini awal pagi tadi.
KPKT salur RM83.66 juta bagi 17 projek di Melaka
Peruntukan bagi kategori bina baharu dan projek sambungan itu yang terbesar dalam sejarah negeri Melaka dengan nilai terbesar disalurkan untuk pembinaan baharu projek Program Rumah Mesra Rakyat (RMR).
Imigresen gagalkan sindiket penyeludupan manusia di ibu negara
Pasukan operasi diatur gerak ke premis itu dan bertembung dengan sebuah kenderaan Perodua Myvi yang dipandu oleh suspek di lot parkir.
AWANI Ringkas: Polis tahan dua lelaki cuba masuk Istana, rampas parang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Grand Theft Auto 6 akan tiba pada musim luruh 2025
Ini masih bukan tarikh muktamad kerana musim luruh tiba sekitar penghujung September hingga awal November. Sungguhpun begitu kita kini mempunyai sasaran bilakan GTA 6 akan dilancarkan. Seb
[TERKINI] Ahli Parlimen Bukit Gantang tidak akan jawab surat Bersatu
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menegaskan tidak akan menjawab surat arahan yang dihantar Bersatu.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Muhammad Firdaus selamat dikebumi di kampung halaman
Jenazah Allahyarham Muhammad Firdaus disemadi dengan penuh istiadat pengebumian ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Nibong Besar.