awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas helikopter Lumut: Sultan Selangor zahir dukacita, sifatkan insiden menyayat hati

Astro Awani
Astro Awani
23/04/2024
05:30 MYT
Nahas helikopter Lumut: Sultan Selangor zahir dukacita, sifatkan insiden menyayat hati
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang juga Kepten Yang Dipertua TLDM menyifatkan insiden berkenaan sebagai menyayat hati yang berlaku pada bulan Syawal dan ulang tahun ke-90 TLDM. -Facebook
KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan rasa amat sedih dan dukacita susulan nahas dua buah helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut, pagi tadi.
Baginda yang juga Kepten Yang Dipertua TLDM menyifatkan insiden berkenaan sebagai menyayat hati yang berlaku pada bulan Syawal dan ulang tahun ke-90 TLDM.
“Beta juga ingin menyampaikan ucapan takziah kepada waris dan keluarga anggota TLDM yang terkorban dan berharap semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini,” titah baginda dalam kenyataan pada Selasa.
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Dalam masa sama, baginda mendoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat-Nya dan bersemadi dengan aman.
“Sesungguhnya, ini adalah satu kehilangan besar kepada TLDM dan negara,” tambah Sultan Sharafuddin.
Seramai 10 orang maut dalam nahas ketika menjalani latihan raptai bersempena lintas hormat sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini.
Setakat ini, Kementerian Pertahanan belum menerima makluman berhubung kemungkinan terdapat pegawai dan anggota lain yang tercedera akibat serpihan helikopter TLDM yang terhempas, pagi tadi.
Topic Berkaitan
#nahas dua helikopter
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
#TLDMKepten Yang Dipertua TLDM
#Pangkalan TLDM Lumut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan