awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
Palestin mohon mesyuarat tergempar Liga Arab susulan keputusan Israel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas helikopter Taman Melawati: Dua mangsa disahkan maut

Astro Awani
Astro Awani
08/11/2020
05:20 MYT
Nahas helikopter Taman Melawati: Dua mangsa disahkan maut
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan dua mangsa maut dalam nahas melibatkan dua helikopter dekat Taman Melawati, Ampang, Selangor. - Foto Media Sosial
HULU KELANG:Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan dua mangsa maut dalam nahas melibatkan dua helikopter dekat Taman Melawati, Ampang, Selangor.
Dalam satu kenyataan ringkas, JBPM Selangor memaklumkan terdapat empat mangsa keseluruhan, iaitu tiga lelaki dan seorang wanita.
Ketika ini pihak bomba dilaporkan sedang berusaha mengeluarkan mangsa.
Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis sebelum itu mengesahkan berlaku kejadian helikopter terhempas berhampiran Taman Melawati, Ampang, Selangor kira-kira 11.20 pagi tadi.
Kejadian melibatkan dua buah helikopter yang dipercayai bertembung di udara sebelum terhempas.
Ketika ini pihak bomba dilaporkan sedang berusaha mengeluarkan mangsa.
Laporan awal menyatakan terdapat 4 mangsa, tiga lelaki dan seorang wanita dimana dua daripada mereka dipercayai didapati tidak sedarkan diri.
LAPOR LANGSUNG: Helikopter terhempas di Taman Melawati
Topic Berkaitan
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#kemalangan udara
#helikopter
#kemalangan helikopter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan