Skip to main content

Malaysia

Nahas helikopter Ulu Baram: Analisis DNA lima mangsa dijangka selesai esok - Polis

KUCHING, 1 Sept - Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, hari ini. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Mohamad Zainal berkata selepas analisis DNA selesai baru jenazah akan diserahkan kepada waris masing-masing. - Gambar fail/Bernama
Advertisement

MIRI: Analisis sampel asid deoksiribonukleik (DNA) kesemua lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang pada Selasa lepas dijangka selesai selewat-lewatnya esok. 

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata selepas analisis DNA selesai baru jenazah akan diserahkan kepada waris masing-masing.

“Kita jangka analisis DNA lima mangsa mungkin dapat disiapkan selewat-lewatnya esok," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Terdahulu, proses bedah siasat kesemua lima mangsa yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital selesai dengan punca kematian disebabkan kecederaan melecur teruk.

Pada Selasa, helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berdekatan Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport).

Mangsa yang terkorban ialah juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, pegawai perubatan Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 33, pembantu perubatan Alexson Adit Henry, 31, serta dua jururawat, Debra Moset, 40, dan Jessie Paya Jok, 44.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement