Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Nahas helikopter Ulu Baram: KKM masih tunggu laporan rasmi hasil bedah siasat mangsa

KUALA LUMPUR, Sept 10 - Health Minister Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, who is also Chair of the 17th ASEAN Health Ministers "' Meeting (AHMM) speaks during a press conference after the Opening Ceremony of the 17th AHMM and Related Meetings today. - fotoBERNAMA (2026) COPYRIGHT RESERVED
Dzulkefly bercakap kepada pemberita pada sidang media selepas majlis pembukaan Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN (AHMM) ke-17 di ibu negara hari ini. - Foto Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu laporan rasmi berhubung keputusan hasil bedah siasat terhadap lima mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak.

Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pihaknya masih menunggu pengesahan rasmi berhubung perkara itu, sebelum penerangan lanjut dibuat kepada umum.

“Secepat mungkin, kita dapat semua secara rasmi, Datuk Ketua Pengarah Kesihatan (Datuk Dr Mahathar Abd Wahab) akan buat penerangan dan saya sendiri sedang menunggu.

“Walaupun sudah kedengaran, tapi kita belum dapat satu sifatnya yang rasmi,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas majlis pembukaan Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN (AHMM) ke-17 di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha KKM Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad dan Dr Mahathar.

Sementara itu, Dr Mahathar berkata Pesuruhjaya Polis Sarawak telah menjelaskan tatacara dan proses berkaitan bedah siasat menerusi kenyataan semalam, namun pihaknya masih menunggu pengumuman lanjut berhubung perkara itu.

Semalam, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan lima jasad mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter itu, telah berjaya dibawa keluar dari lokasi kejadian dan diterbangkan dari Long Lellang ke Miri untuk tujuan bedah siasat serta proses berkaitan.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement