awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas LATAR: Pemandu pacuan empat roda mengaku tidak bersalah

Hakim Rahman
Hakim Rahman
08/09/2017
07:47 MYT
Nahas LATAR: Pemandu pacuan empat roda mengaku tidak bersalah
Pemandu Toyota Hilux Anuar Wahab, yang didakwa terlibat dalam kemalangan membabitkan empat atlet berbasikal Malaysia dan ketua jurulatih semalam, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Abdul Jalil Salam. - FotoBERNAMA
Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda yang mengakibatkan kemalangan empat altet berbasikal Sukan PARA ASEAN pada pagi Khamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.
Tertuduh Anuar Wahab, 46 tahun yang merupakan peniaga makanan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Abdul Jalil Salam.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Kilometer 12.5 Lebuhraya Kuala Lumpur – Kuala Selangor (LATAR) kira-kira jam 10.45 pagi semalam mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan denda maksimum RM15,000.
Mahkamah membenarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin selain perlu melapor diri setiap bulan di balai polis berhampiran dan menetapkan 16 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes.
BACA: Nahas LATAR: Atlet paralimpik alami kemalangan langgar lari
BACA: Nasib dua atlet berbasikal para belum diputuskan - Khairy
BACA: Nahas LATAR: Sebarang aktiviti berbasikal di lebuh raya dilarang keras
Dalam kemalangan kira-kira 10.45 pagi itu, lima orang termasuk dua atlet berbasikal para negara cedera dirempuh kenderaan ketika menjalani latihan.
Para berbasikal, LATAR
SAlah seorang atlet para berbasikal yang terbabit dalam kemalangan di Lebuh Raya LATAR pagi Khamis. - Gambar fail
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mahmoodah V.M. Abdul Latif manakala tertuduh diwakili peguam, M Saravanan.
Dua daripada mereka terbabit ialah Khairul Nizam Mohd Ali, 19 tahun dan Mohd Khairul Hazwan Wahab, 25 tahun yang juga merupakan prospek emas Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 yang dijadual pada 17 hingga 23 Sept ini.
Tiga lagi mangsa ialah jurulatih mereka, Johari Nayan, 42 tahun, serta jurumudi Nor Rizuan Zainal, 31 tahun dan Syariq Suhaimy, 25 tahun.
Lewat petang semalam, pihak LATAR telah mengeluarkan kenyataan menegaskan bahawa sebarang aktiviti berbasikal di lebuh raya adalah dilarang sama sekali, sejajar dengan penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Johari Nayan
#Khairul Nizam Mohd Ali
#Kuala Selangor
#Nor Rizuan Zainal
#para atlet
#Sukan PARA ASEAN Kuala Lumpur 2017
#Syariq Suhaimy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan