awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas ngeri Ayer Keroh: Laporan kemalangan diserah kepada MIROS

Bernama
Bernama
02/01/2025
12:30 MYT
Nahas ngeri Ayer Keroh: Laporan kemalangan diserah kepada MIROS
Dalam insiden di persimpangan tol Ayer Keroh, Melaka pada 23 Dis, tujuh termasuk lima sekeluarga maut, manakala 33 cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran yang membawa 27 penumpang, dua lori, sebuah kereta dan MPV. - BERNAMA
SHAH ALAM: Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) telah menyerahkan hasil pemeriksaan laporan siasatan kemalangan membabitkan lima kenderaan di Melaka yang mengorbankan tujuh nyawa, kepada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) untuk tindakan lanjut.
Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom Mahmood Razak Bahman berkata laporan berkenaan yang dihantar pihaknya hari ini, hanya merangkumi pemeriksaan kenderaan sahaja kerana tayar yang tertanggal daripada kenderaan terbabit tidak dapat diperiksa.
"Pemeriksaan dan siasatan yang kita lakukan untuk pihak MIROS dan polis tidak dapat dilakukan selengkapnya walaupun (laporan itu) telah dihantar kepada pihak berkuasa.
"Ini kerana tayar (lori) yang tertanggal itu kita tidak jumpa. Jadi, Puspakom tidak dapat memeriksa (keadaan) tayar itu yang sepatutnya dihantar sekali dengan kenderaan tersebut," katanya pada sidang media di Puspakom Shah Alam di sini hari ini.
Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dilaporkan berkata telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalann (JPJ) segera menjalankan siasatan berhubung punca kemalangan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap syarikat treler dan bas yang terlibat.
Dalam insiden di persimpangan tol Ayer Keroh, Melaka pada 23 Dis, tujuh termasuk lima sekeluarga maut, manakala 33 cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran yang membawa 27 penumpang, dua lori, sebuah kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV).
Mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu dan empat penumpang MPV serta pemandu dan penumpang bas berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nahas Ayer Keroh
#laporan kemalangan
#MIROS
#Puspakom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan