NATIONAL
Nahas ngeri Ayer Keroh: Polis cari tayar punca kemalangan ragut 7 nyawa

Polis sedang mencari tayar lori yang tercabut dalam kemalangan meragut tujuh nyawa di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara bulan lalu. -Gambar fail/Video tular
ALOR GAJAH: Polis sedang mencari tayar lori yang tercabut dalam kemalangan meragut tujuh nyawa di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di sini bulan lalu.
Ringkasan AI
- Polis sedang mencari tayar lori yang tercabut dalam kemalangan meragut tujuh nyawa di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara bulan lalu.
- Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah, berkata tayar lori tersebut tidak ditemui semasa siasatan di lokasi kejadian.
- Nahas tersebut melibatkan sebuah bas persiaran, lori, treler, kenderaan pelbagai guna (MPV), dan sebuah Perodua Bezza, mengakibatkan tujuh maut dan 33 cedera.
"Tapi setelah tular rakaman 'dashcam' (papan pemuka) dan kenyataan daripada pemandu lori yang beritahu tayar lorinya tercabut, baru pihak polis cari tayar itu," katanya kepada pemberita pada Sabtu.
Beliau berkata, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan tayar terbabit diambil semula oleh pemandu lori berkenaan.
Sebelum ini media melaporkan, nahas berkenaan berpunca daripada tayar sebuah lori yang tercabut dan berada di lorong tengah lebuh raya berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.40 malam itu, nahas membabitkan sebuah bas persiaran membawa 27 penumpang, lori, treler, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah Perodua Bezza turut mengakibatkan 33 mangsa lain cedera. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami