awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas ngeri Ayer Keroh: Tun Mohd Ali ziarah keluarga, mangsa

Bernama
Bernama
24/12/2024
08:12 MYT
Nahas ngeri Ayer Keroh: Tun Mohd Ali ziarah keluarga, mangsa
Mohd Ali (tengah) meluangkan masa kira-kira satu jam setengah untuk bertemu ahli keluarga dan mangsa kemalangan. -BernamaTV
MELAKA: Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam meluangkan masa kira-kira satu jam setengah untuk bertemu ahli keluarga dan mangsa kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di sini malam tadi.

Ringkasan AI
  • Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam meluangkan masa bertemu ahli keluarga dan mangsa kemalangan di KM204 Lebuhraya PLUS.
  • Dalam kemalangan tersebut, tujuh orang maut dan 33 cedera, melibatkan sebuah bas persiaran, dua lori, sebuah kereta, dan sebuah MPV.
  • Siasatan awal mendapati bas persiaran terlanggar tayar lori yang tercabut, menyebabkan hilang kawalan dan bertembung dengan tiga kenderaan lain.

Mohd Ali yang tiba di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka kira-kira 1.58 petang disambut Ahli Dewan Undangan Negeri Duyong Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem dan Pengarah Hospital Melaka Dr Shahrum Muzakir.
[INFOGRAFIK] Kronologi nahas Ayer Keroh
Dalam kejadian 8.45 malam tadi, tujuh maut manakala 33 cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran yang membawa 27 penumpang, dua lori, sebuah kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM204 Lebuhraya PLUS arah utara.
Mereka yang meninggal dunia ialah lima sekeluarga terdiri daripada pemandu MPV Khairul Ikhwan Mazupi, 32, bersama penumpang Fadzlenna Ramli, 32; Ramli Ab Wahab, 66, Fauziah Jaafar, 69, dan Muhammad Umar Khairul Ikhwan, 2.
Dua lagi yang maut ialah pemandu bas persiaran Noorisnien Khamid, 56 dan penumpang warga Singapura Lamrah Asid Ali, 66.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata siasatan awal mendapati bas persiaran tersebut terlanggar tayar lori yang tercabut di lorong tengah dan menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan tiga kenderaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang Dipertua Negeri Melaka
#Mohd Ali Rustam
#ahli keluarga dan mangsa kemalangan
#Hospital Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan